Tuesday, December 29, 2015
JKMR terima baik keputusan SPRM bentuk panel khas kes profil tinggi
Marion Caunter Tampil Perjelaskan Mengapa Beliau Masih Sambut Hari Krismas
Tahun ini bukan sahaja Stacy yang menerima kecaman apabila meraikan perayaan Krismas tetapi pengacara Marion Caunter juga turut terpalit dengan hal yang sama apabila beliau dikritik di laman sosial kerana memuat naik foto yang menunjukkan beliau menyambut perayaan tersebut bersama ahli keluarganya baru-baru ini.
Enggan perkara tersebut berpanjangan, Marion menerusi akaun Instagramnya telah menjelaskan sebab mengapa beliau menyambut Krismas.
Buat Marion yang sebelum ini membesar selama 29 tahun sebagai penganut Katolik dan memeluk Islam ketika berkahwin dengan SM Nasarudin, bukan bermakna beliau harus berhenti menyambut perayaan tersebut . Marion mahu anak-anaknya juga merasa kemeriahan Krismas.
Malah, beliau yang juga mempunyai darah kacukan Cina ini turut meraikan sambutan tahun baru Cina kerana menghormati hubungan bersama keluarga beliau.
Cuba sekali sekala anda memandang sesuatu perkara itu daripada sudut yang positif, lagipun Islam tidak pernah menggalakkan seorang Muslim untuk memutuskan hubungan bersama keluarga.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.ISTERI SELAMAT BERSALIN ANAK KEDUA - BEEGO DIKURNIA 'BABY GIRL'
Tahniah kami ucapkan buat pasangan Beego dan Linda Hashim yang telah menimang cahaya mata kedua mereka yang lahir pada jam 7.15 pagi tadi di Pusat Perubatan, KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur.
Bayi perempuan kedua pasangan dilahirkan secara normal dengan berat 2.58 kilogram.
Berkongsi perasaan kelahiran kedua ini, Linda mengakui ia satu pengalaman berbeza berbanding pertama.
"Kali ini baru rasa sakit betul melahirkan anak. Kelahiran anak pertama dulu saya pakai epidural yang memudahkan proses beranak. Kali ini tak, sebaliknya hanya menggunakan ubat tahan sakit biasa.
"Alhamdulilah proses kelahiran kali ini lancar," ujar Linda dipetik sebagai berkata.
Sebelum ini, mereka dikurniakan anak perempuan yang bernama Jelita Clarissa, 1.
Sumber: BH
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER



Follow @myartisdotcom
Najwa Mahiaddin âSo Sweetâ Peluk Ayahnya
Penyanyi wanita Najwa Mahiaddin telah berkongsi gambarnya berpeluk erat dengan penuh manja bersama ayahnya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pelukannya yang 'so sweet' itu menunjukkan betapa akrabnya hubungan Najwa dengan ayahnya yang tercinta.
Begitu juga Tan Sri Muhyiddin yang sentiasa tersenyum mesra melayah telatah anaknya itu.
Difahamkan, ketika ini Najwa sedang bercuti di destinasi pelancongan popular di Morocco.
Apa-apa pun hubungan kekeluargaan perlu dijaga dan disemai bersama. Jom kita lihat foto-foto Najwa yang bercuti di sana yang dikongsikan menerusi IG miliknya.
Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Selasa, 29 Dis 2015
Popular Posts
-
SUARA MP l Tangkapan ke atas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang atas dua pertuduhan rasuah ada...
-
After decades of exploring their own backyard, Malaysians are increasingly in favor of previously underrated destinations. According to ...
-
Satu gempa bumi yang kuat melanda selatan Taiwan hari ini berhampiran bandar Tainan, mengakibatkan sekurang-kurangnya sebuah bangunan pang...
-
China, 27 Jun - Seorang wanita di barat selatan China terselamat apabila playar terjatuh dari bangunan tinggi dan menusuk masuk ke dalam...
-
Trio daripada Kolej Tunku Kurshiah mengharumkan nama Malaysia apabila muncul sebagai antara pemenang pertandingan Asian English Olympics di ...



