Recent Post
Wednesday, July 08, 2015
Anggota Kabinet Tak Beri Tekanan Kepada PM Untuk Letak Jawatan - KJ
PUTRAJAYA: Anggota kabinet sepakat memberi ruang kepada siasatan membabitkan Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal dana 1Malaysia Dvelopment Berhad (1MDB).
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata mereka juga tidak memberi tekanan kepada Perdana Menteri untuk meletak jawatan.
"Mesyuarat Kabinet hari ini ada membincangkan isu semasa.
"Perdana Menteri menjelaskan kepada kami bahawa beliau masih mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap The Wall Street Journal. Seperti yang sudah diketahui, peguamnya telah mengirim surat tuntutan awal.
"Pasukan tindakan khas membabitkan Peguam Negara, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia masih menyiasat perkara ini.
"Sehingga pasukan itu selesai menjalankan siasatan, masih terlalu awal untuk berikan sebarang komen," kata Khairy.
Sebelum ini WSJ telah mendakwa dana 1MDB berjumlah AS$700 juta (kira-kira RM2.6 bilion) telah disalurkan ke akaun peribadi Najib.
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Najib dan 1MDB.
Pagi tadi pejabat 1MDB di Jalan Sultan Ismail telah diserbu oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Sumber
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
IPOH: Dua cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas dengan 10 kenderaan lain di Kilometer (KM) 265.8 Lebuhraya Uta...
-
KUALA LUMPUR, 2 Jun: Pihak polis kini sedang mengenal pasti mangsa-mangsa kepada pedofil warga British, Richard Huckle, yang telah meng...
-
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati menyebarkan sesebuah berita. "Ba...
-
Senarai 7 Bandar Yang Didakwa Selamat Untuk Pelancong Wanita Solo Kami yakin bahawa kaum hawa di negara kita ini hampir semua suka mel...
-
Kalau sebelum ini ramai selebriti lelaki tanah air antaranya Nabil Ahmad, Nazim Othman dan ramai lagi menjadi cover page Men's Health....
Berita Harian
Malaysia Kini
Mypotnews Links
Contact Form
Designed By Blogger Templates |
Powered By Blogger




