Recent Post
Showing posts with label Panas. Show all posts
Showing posts with label Panas. Show all posts

Monday, September 28, 2015

HANYA KERANA SALAH FAHAM - AZWAN ALI SEKALI LAGI MAKI PEMINAT


Masih ingatkah lagi anda pasal isu Menate? Terkini perkara tersebut berulang lagi apabila Azwan Ali atau Diva AA ini memaki hamun peminatnya hanya kerana salah faham dengan perkataan singkatan bagi negeri Johor Bahru iaitu JB.

Semua berpunca apabila seorang peminat bertanya jika rendang hasil air tangan Diva AA yang cukup terkenal dan popular sekarang boleh dijual sehingga ke Johor Bahru.



Tanpa sebarang usul periksa, Azwan menggeluarkan kata-kata kesat kepada peminat di Instagram beliau selepas menyangka individu tersebut mempersoalkan jika Azwan kini sudah tidak ada 'job'.

Alahai Azwan kan dahulu sudah minta maaf pasal isu Menate kenapa lah perlu ulang lagi? Kami rasa ramai je yang tahu maksud singkatan JB tu kan? Apa salahnya tanya apa maksud perkataan itu kalau tak faham, peminat itu pun nak sokong produk jualan anda bukan nak cari gaduh.


       
sumber: myartisdotcom
Read more ...

Wednesday, September 23, 2015

Gadis TERKEJUT Dapat Tahu Teman Lelaki Seorang Wanita Selepas 2 Kali Melakukan Hubungan Seksual



Malang bagi seorang wanita yang mengidamkan seorang lelaki sebagai kekasihnya, sebaliknya mengetahui bahawa teman lelakinya itu sebenarnya adalah wanita. Detik hitam itu berlaku kepada seorang wanita di sini setelah mendapati kekasihnya yang menggunakan nama Kye adalah seorang wanita yang bernama Gayle Newland, 25. Lebih mengejutkan, pembongkaran identiti sebenar 'teman lelakinya' itu terbongkar selepas mangsa mula merasa curiga ketika melakukan hubungan seks bersama kekasihnya itu.

Memetik laporan Telegraph, mangsa mendakwa suspek menggunakan alat sulit palsu ketika melakukan seks bersamanya, selain meminta wanita tersebut menggunakan penutup mata untuk mengelak melihat wajahnya. Menurut suspek, Gayle dikatakan malu untuk menunjuk muka dan badannnya kerana terdapat kesan parut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Suspek memberitahu mahkamah bahawa perkenalan antaranya dengan Gayle bermula di laman sosial Facebook apabila mereka saling berbalas mesej cinta, sebelum memutuskan untuk bertemu di sebuah hotel di Manchester, baru-baru ini. Ketika perkenalan di Facebook pada tahun 2011 itu, Gayle memaklumkan kepada mangsa bahawa dia merupakan seorang 'lelaki' berdarah campuran Filipina dan Latin.

 Dalam pertemuan pertama itu, pasangan tersebut melakukan seks dan Gayle mendakwa suaranya tidak seperti lelaki disebabkan keturunannya yang separuh Filipina. Bagaimanapun, helah 'teman lelakinya' itu akhirnya dapat di hidu mangsa selepas pertemuan kedua di mana suspek nekad membuka penutup matanya ketika menjalinkan hubungan intim dan mendapati di sebelahnya adalah seorang wanita. "Apabila saya sedang melakukan hubungan seks denganya (Gayle), saya terpegang bahagian belakang kepalanya dan tangan saya tersangkut pada sesuatu. "Saya duduk di atas katil dan dia berdiri.

Apa yang bermain dalam fikiran saya adalah tarik penutup mata, tarik!. "Saya menarik penutup mata itu dan melihat Gayle berdiri di depan saya. Saya sangat tidak percaya. "Gayle kemudian memegang tangan saya dan mengangkat muka saya ke atas lalu berkata ia bukan seperti yang awak bayangkan," kata mangsa kepada mahkamah. Ketika perbicaraan mahkamah di Crown Chester, Gayle menafikan melakukan lima serangan seksual terhadap mangsa antara Februari dan Jun 2013. 
Read more ...

Tuesday, September 22, 2015

GEMPAR ! TMJ ARAHKAN Bendera Jalur Gemilang Diturunkan Serta Merta Di Seluruh Johor !


Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikhabarkan telah bertitah bahawa semua bendera Jalur Gemilang di negeri itu hendaklah diturunkan serta-merta dan digantikan dengan bendera daerah masing-masing.

Sepucuk surat dari Pejabat Daerah Segamat kepada semua Ketua Jabatan di daerah berkenaan yang memanjangkan titah berkenaan telah tersebar di laman sosial Facebook hari ini. "Semua bendera Malaysia (Jalur Gemilang) di seluruh negeri Johor hendaklah diturunkan serta-merta kerana sambutan Hari Kebangsaan telah selesai.

 "Bendera Malaysia tersebut hendaklah digantikan dengan bendera daerah masing-masing," demikian menurut surat berkenaan. Ramai pihak meluahkan reaksi bercampur-campur berkenaan titah terbaru ini kerana ia dilihat sebagai satu tindakan yang pelik memandangkan Johor merupakan sebuah negeri di dalam Malaysia. Tinjauan laman web lain mendapati ada pihak berpendapatan bahawa langkah itu ada kaitan untuk membawa Johor keluar daripada Malaysia.



SUMBER: http://www.pru14.tv/2015/09/21/tmj-titah-turunkan-bendera-jalur-gemilang-serta-merta-di-seluruh-johor/
Read more ...

Tuesday, September 15, 2015

"BIAR SAYA BERUBAH TANPA PAKSAAN" - TASHA SHILLA


Penampilan Tasha Shilla di majlis perasmian sebuah majalah fesyen dari Perancis, di ibu kota baru-baru ini telah dihentam teruk oleh netizen kerana menggangap ia terlalu seksi untuk pandangan umum selain busana yang dikenakan tidak mencerminkan peribadi pelakon ini sebagai seorang wanita Islam.

Tasha menerima banyak cemuhan di media sosial dan ini bukan pertama kali ianya terjadi. Beliau sedar akan kontroversi yang tidak pernah habis melanda dirinya namun apa yang dilakukan selama ini hanyalah mahu menjadi dirinya sendiri.


"Saya tak lihat itu sebagai seksi. Seksi kan subjek subjektif? Orang mungkin nampak saya seksi. tetapi saya tak nak komen panjang hal ini. Semua atas paksi saya gemar berfesyen. Sekali lagi saya tak mahu kaitkan agama dalam hal ini. Saya buat ini kerana kerjaya," ujar Tasha dipetik sebagi berkata.

Dalam pada itu, Tasha turut meminta maaf kepada semua jika beliau ada buat kesilapan terhadap mereka selama ini selain meluahkan keinginan untuk berubah suatu hari nanti tanpa paksaan sesiapa.

"Beri saya masa. Jangan harap saya akan berubah sekelip mata. Biar saya berubah tanpa paksaan sesiapa tetapi dengan izin-Nya. Cuma sekali lagi saya nak minta maaf kepada semua, andai ada salah silap saya selama ini," jelasnya.



Klik link dibawah ini untuk tonton video VIDEO
        
Read more ...

GEMPAR ! Berang DIMAKI Edry Halim ! Rozita Che Wan Nekad Tinggalkan Akademi Fantasia 2015



Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara Rozita Che Wan, 43, mengesahkan dia enggan meneruskan tugasnya sebagai juri tetap program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015 mulai minggu depan selepas diherdik

Pengetua AF2015 Edry Abdul Halim yang tidak berpuas hati dengan kritikannya terhadap pelajar AF malam tadi. Rozita atau Che Ta berkata, keputusan itu diambil serta-merta kerana dia tidak menyenangi sikap tidak profesional Edry yang melenting selepas dia mengkritik persembahan pelajar AF2015 iaitu Sufi. "Memang betul saya sudah tarik diri daripada AF2015 mulai minggu depan. "Saya tidak suka bekerja dengan orang yang tidak profesional dan emosional," katanya. Menurut Rozita, keputusan menarik diri itu dilakukan atas dasar profesionalisme. "Keputusan saya menyertai AF2015 bukan disebabkan wang atau populariti kerana keluar tv setiap minggu dalam program yang mendapat rating tinggi. "Saya menarik diri sebab maruah. Saya tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang tidak sihat apabila ada individu yang tidak hormat pada saya.

"Saya cuma menjalankan tugas diberikan atas nama profesionalisme. Saya hanya berminat bekerja dengan pihak yang mempunyai tahap profesionalisme seperti saya," katanya. Sementara itu, Edry berkata, dia bertindak demikian semata-mata untuk mempertahankan pelajarnya daripada kritikan tidak membina.

"Sebagai pengetua saya bersikap profesional dan terbuka untuk menerima kritikan juri tapi juri itu juga perlu beri kritikan yang membantu pelajar memperbaiki kekurangan mereka. "Sudah tentu saya wajar mempertahankan pelajar saya dengan apa cara sekali pun jika orang mempertikai tanpa penjelasan terperinci aspek yang perlu diperbaiki," katanya.
Read more ...

Monday, September 14, 2015

Chef Berang, Pesakit Tinggalkan Tulang Babi Dalam Mangkuk Hospital


PERAK - Seorang lelaki memuat naik beberapa gambar sisa makanan yang dipercayai babi, dibawa oleh ahli keluarga pesakit di sebuah hospital tersebar di laman sosial.  Ghazali, Ketua Chef di sebuah hospital di Perak berkata, kakitangannya mengesan sisa-sisa makanan (tulang) babi di dalam mangkuk/pinggan yang disediakan oleh pihaknya pada sebuah hospital kerajaan di negeri itu.  "Semua pesakit telah disediakan makanan oleh pihak hospital. Jadi tidak perlulah membawa daging babi dan tinggalkan tulang babi dalam mangkuk kerana mangkuk itu akan digunakan oleh pesakit lain yang beragama Islam. Tak pasal-pasal kami kena samak!" katanya pada 12 September, 11.46 petang.


Menjelaskan dakwaan netizen kononnya tulang itu bukan tulang babi, Ghazali berkata, sebagai seorang tukang masak, sudah pasti mereka tahu membezakan tulang haiwan yang dimasak. "Tulang babi dan tulang ayam, cerah warnanya. Takkanlah tukang masak tak boleh membezakan tulang dari ayam atau binatang yang besar?" katanya. Bagaimanapun, nama hospital terbabit tidak didedahkan berikutan bimbang akan mencetuskan perasaan panik para pesakit. - THEHYPEMEDIA.COM
Read more ...

Akhirnya Eina Azman Menjawab Isu Ditangkap Khalwat Dalam Hotel Murah Buat Ramai Terkejut



Pertama sekali, apabila melihatkan perkara yang dikongsikan oleh pelakon Eina Azman ini, kami hanya mampu geleng kepala kerana ia perkara yang sama namun watak mangsa khalwat tersebut diubah-ubah bagi meraih perhatian pembaca.

Eina Azman Perjelas Isu Kena Tangkap Khalwat - ROTIKAYA

"Ini FITNAH semata mata utk mengaib kan saya. Alhamdullilah.. Allah maha besar. Saya tersenyum dan gelak bersama suami apa bila ada juga segelintir manusia zaman skg yang suka menabur FITNAH. Bertaubat la. Tiada yang sempurna," jelas Eina sendiri di Instagram menafikan khabar angin tersebut. Menurut Eina lagi, dia dan juga suami tergelak apabila mengetahui perkara tersebut malah tambahnya, dia sudah pun mewarnakan kembali warnanya kepada warna hitam selain menyifatkan dakwaan tersebut sebagai melampau. (rtky/s)
Read more ...

Saturday, September 12, 2015

NAELOFAR HIJAB TIRU REKAAN TUDUNG SUGARSCARF?

Pemilik perniagaan butik dan jenama tudung SugarScarf, Nur Atikah Sulaiman telah menyuarakan rasa terkilan dengan rangkaian tudung keluaran selebriti Neelofa iaitu Naelofar Hijab kerana rekaan tudung jenis Madison keluaran syarikat artis berkenaan didakwanya telah ditiru dari rekaan tudung miliknya.

Rasa terkilan dan tidak puas hati berkenaan telah disuarakan oleh beliau di dalam dua akaun Instagram rasmi miliknya iaitu sugarscarf dan eyqasulaiman.

Melalui akaun eyqasulaiman, Atikah atau lebih dikenali dengan panggilan Puan Eyqa memuatnaik beberapa status di laman Instagramnya di mana ia menyifatkan meniru rekaannya itu adalah sebagai tidak bertanggungjawab tetapi bagaimanapun dia redha kejadian ini berlaku.

Klik gambar untuk size besar


Kerana perkara ini ia telah menimbulkan perbalahan antara agen-agen kedua-dua syarikat tudung berkenaan terutamanya di laman Instagram Neelofa.

Ia bermula apabila seorang pengguna di Instagram Neelofa menggunakan nama adraahanan berkata "@noorneelofa ade pic keluar u copycat #SUGARSCARF please stop shame on u dear x bg org tiru tp diri sendiri yg tiru. Takde etika langsung"

Bagaimanapun seorang stokis atau pengedar rasmi jenama Naelofar Hijab, thenaelofar_hijabistasis menjawab "@adraahanan , i dont think semudah itu team NH nak langgar rules and regulation patented design, surely they have checked on this matter before release. So please dont judge before you know whats going on. Yang i tahu SS memang already create rival dgn other brands before this pun. One of owner top brand jugak yg inform i pasal ni."



Seorang pengikut Instagram Neelofa, gemuk_wardrobei pula berkata "I think @noorneelofa u should clear this situation. Jangan keruhkan keadaan. Jaga your stokist attitude. Jaga adab kita sesama manusia. Jaga periuk org mcm jaga periuk kita sendiri. Dua dua i salute. Tapi jangan sebab benda ni org yang takde kene mengena pun berbabit sama bertikam lidah. I know u know the best way to solve this happen. I know u know how to handle your stokist and I know i are."

Kes ini turut merebak ke laman sosial Facebook, menurut pengguna Facebook bernama Lenny Nieyl "Excuse me!..style silang2 ni sebenarnya dr org zaman dulu lagi la..silang kain batik atas kepala sambil tuai padi."

Manakala Fatin Nabilah Aziz pula berkatan, "Inner silang sugarscarf pendek sikit kat atas. Naelofar punya mcm lebar n panjang smpai bawah pipi, So berbeza ketara jugak la sbnrnya. Lgpon sblm su garscarf popularkan inner mcmni pon dah ade design mcmni.. Cume xde org claim dia punye je. Tp sugarscarf jgn la risau klu tudung dia sntiasa berkualiti org akan bli jgk akhirnya."



Manakala Qaseh Ramadhan pula berkata "Mintak maaf komen.,tp selain neeolofa,banyak lagi butik tudung tiru design sugarscarf tapi knp pemilik sugarscarf xkecoh2 plak..kesian kat neeolofar..sebab dia artis,ada aje yg xkena kan..manusia2."

Kami cuba ke laman web rasmi Naelofar Hijab, naelofarhijab.com dimana kami dapati tudung yang menjadi kontroversi seperti dibawah sudah tidak ada di dalam web berkenaan.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada kenyataan rasmi dari pihak Neelofa kerana masalah ini, Puan Eyqa dalam status terbarunya di Intagram sebentar t adi telah memuatnaik surat daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia(PHIM) yang diberikan kepadanya sebagai bukti tudung Madison tersebut telah dipatenkannya.



Sebelum ini, ada netizen menyalahkan Puan Eyqa kerana tidak mempatenkan rekaan tudung yang didakwa milikknya itu menyebabkan beliau memuatnaik gambar notis hakcipta daripada (PHIM) itu sebagai bukti.

Apapun harapan kami agar perkara ini diselesaikan dengan cara yang baik oleh kedua-dua pihak kerana ia melibatkan periuk nasi masing-masing kerana isu rekaan sama ini selalu terjadi, mungkin Neelofar Hijab tidak sengaja menghasilkan tudung sama dengan milik SugarScarf sebab penghasilan rekaan tudung ini datangnya daripada ilham dan imaginasi pereka.

Kami doakan semoga perni agaan anda berdua jenama SugarScarf dan Naelofar Hijab akan terus maju dan mendapat sambutan rakyat Malaysia kerana perniagaan itu adalah kerja yang mulia disamping kepelbagaiaan rekaan menarik dihasilkan mungkin salah satu faktor mereka yang masih belum bertudung untuk bertudung selepas ini.


 



Sumber: SK
      
Read more ...

[VIDEO] BIADAP ! Pasangan Bawah Umur Dipaksa Meneruskan Aksi Panas Selepas Ditangkap Khalwat



Satu video telah menjadi viral di media sosial yang mana sepasang pasangan telah di tangkap dan dituduh berdua‐duaan namun apa yang lebih malang dan amat memalukan bagi pasangan ini mereka telah dianiaya di paksa bercium oleh mereka yang telah menangkapnya. Mahkota gadis dalam video ini telah diraba mereka yang bernafsu binatang sehingga kan pasangan nya tidak boleh berbuat apa‐apa mungkin mereka telah diugut oleh jantan‐ jantan kecam yang menangkap dan merekod kan segala perbuatan pasangan ini. Diharap pasangan ini tampil membuat laporan polis dari apa yang berlaku dan jantan‐jantan yang kejam itu dapat di tangkap kerana telah mencabul kehormatan wanita terbabit. Jika pasangan terbabit bersalah biar lah pihak jabatan agama menghukum mereka dari apa kesalahan yang mereka buat, di harap pasangan tersebut dapat berkahwin bagi mengelakkan dosa yang berterusan.

Read more ...

Saturday, August 15, 2015

Tak Tahan Dipukul, Isteri Rahim Buat Laporan Polis



Pelawak terkenal, Rahim yang juga bekas ahli kumpulan R2 dan Sepahtu didakwa memukul isterinya setelah berlaku sedikit salah faham. Menurut laporan Harian Metro, Rahim dikatakan memukul isterinya di muka, kepada dan bahu selain turut menendang belakang badan dan punggung isterinya itu. Betul ke? Laporan polis telah dibuat Isteri Rahim bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai insiden tersebut namun mengakui ada membuat laporan polis di Balai Sri Muda Shah Alam. Menurut laporan polis tersebut, si pengadu memberitahu dirinya dipukul akibat suaminya tidak berpuas hati apabila isterinya keluar tanpa pengetahuan. Rahim nafi pukul isteri Rahim bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Tambahnya memang ada pertengkaran antara dia dan isteri namun tidak memukul.

Memang kami ada bertengkar. Biasalah kehidupan suami isteri memang begitu, tapi saya tak pukul (isteri).

Saya pun baru tahu hal ini dan terkejut juga apabila mendengarnya. Saya rasa ini hanyalah khabar angin. Masalah di antara kami sudah pun selesai.

Read more ...

"Lu Gengster Ka Apa?!!"


Video seorang pemandu lelaki warga emas dikasari oleh seorang pemuda di tengah jalan tersebar di laman sosial. Video berdurasi 1 minit 10 saat yang dirakam oleh anak mangsa itu dimuat naik di laman Facebook 10 jam yang lalu.

Difahamkan, pemuda yang memakai baju hitam bertulis 'THE SUNNAH THE BETTER' itu berang dengan cara pemanduan warga emas itu sehingga membahayakan nyawanya. Gagal mengawal kemarahan, lelaki itu memberhentikan motosikalnya di hadapan kereta warga emas terbabit lalu memarahi serta merentap bajunya, selain dari menghempas pintunya sehingga kemek akibat terkena pada tebing jalan. Lelaki warga emas yang membawa isteri dan anaknya itu memohon maaf serta merayu tidak dikasari oleh lelaki itu.

Malangnya tidak diendahkan dan terus diherdik dan dikasari sehingga menyebabkan mereka ketakutan dan menangis. Setelah puas 'mengerjakan' mereka, pemuda terbabit berlalu pergi meninggalkan mereka. - THEHYPEMEDIA.COM
Read more ...

Friday, August 14, 2015

Emma Maembong Dikritik Netizen Kerana Nenen


 Gara-gara mempromosikan jenama Flava Nenen (vape) di laman Instagram, Emma Maembong dikritik oleh netizen kerana didakwa tidak sopan dan tidak sensitif. "We Nenen.. Do you?"

Berikutan itu, Emma dikritik oleh followersnya. "Sekali pandang, ingatkan 'nenek' lucu je. Lepas itu tengok review dari Emma kata 'Nenen', ketat sesangat dan ada gambar bayi pula tu. Dah tau design ini akan timbulkan kontroversi, tak fikir dulu ke?" kata Nurheedayah Nassim.

"That's a vape flavour, why promote them? I know I can't judge you but, just why? Really," - Dayang "Sorry to say Emma, what if you do some review on that page first before you share to others. Come on dude, you share the good things, you dapat pahala," kata Dya Sulaiman.  "Rasanya kalau nak promote flavor vape sekali pun, ada cara lain. Ini

T-Shirt putih pastu suruh perempuan pakai. Bagus betul perangai. Rata-rata netizen berang dengan gambar yang dikongsikan oleh Emma yang menunjukkan dua orang gadis memakai baju jenama Nenen dengan tersembul nasi lemak di depannya.  Sebagai artis yang menjadi perhatian peminat sepanjang masa, sewajarnya mereka berfikir dulu sebelum berbuat apa-apa. - THEHYPEMEDIA.COM
Read more ...

Subhanallah! Model Tudung Muslimah Dicekup Khalwat Dengan Suami Orang

Seorang kakitangan awam dan model sambilan Muslimah berusia 38 tahun, dicekup berkhalwat dengan pasangannya yang berstatus suami orang berusia 34 tahun di sebuah bilik hotel bajet di Pekan Jempol. Terus hilang habis kemuslimahan tu bila kena cekup kann!!!



Menurut sumber, pasangan ni kerja satu tempat dah beberapa bulan diorang ni dok bercintan cinton kat office. Kat office saling jeling menjeling!



Tak cukup kat office bercinta sampai ke hotel pula. Padah ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan pada jam 5 pagi.

 "Bagaimanapun, perbuatan jijik mereka terbongkar hasil operasi dijalankan sepasukan penguat kuasa JHEAINS di hotel berkenaan. Ketika serbuan dilakukan, penguatkuasa mengetuk pintu bilik berulang kali sebelum seorang lelaki membukanya"

 "Lelaki terbabit terkejut, namun memberikan kerjasama dan hasil pemeriksaan mendapati dia dan pasangannya bukan muhrim," kata sumber. Apalah yang pergi menyuruk-nyuruk buat maksiat tu kann... Kalau dah berkenan sangat kat pasangan tu kahwin ajo laaa!! Tak payah dok buat maksiat! Buat dosa aje! SUMBER
Read more ...

Thursday, August 13, 2015

SERAM !!! Almy Nadia Bongkar Pengalamannya 'Ditegur' Pontianak Ketika Hamil

"Saya teringin sangat nak makan buah kundang. Sebelum ini nak makan telur penyu sudah dapat tapi untuk dapatkan buah kundang, sehingga sekarang masih tidak jumpa," kata Almy Nadia yang kini sarat mengandung lapan bulan. Selain menumpukan perhatian kepada kandungan, Almy Nadia dalam masa yang sama juga kini menguruskan jadual suaminya sepenuh masa. "Buat masa sekarang saya berhenti sekejap daripada berlakon.

Selepas lahirkan anak, saya akan mula kembali berlakon seperti biasa," katanya lagi sambil menyatakan mahu kembali amalkan diet dan menjaga badan selepas bersalin kelak. Sepanjang proses kehamilannya itu, Almy juga telah membongkarkan satu peristiwa yang agak ganjil dan menakutkan diri serta suaminya sendiri apabila suatu malam ketika berada keseorangan di rumah dia telah ditegur oleh suatu makhluk halus yang boleh dikatakan sebagai pontianak semasa berada di biliknya.

Walaubagaimanapun, Almy ketika itu tidak sedar akan kehadiran makhluk terbabit sehinggalah dia mengalami bengkak-bengkak di bahagian tangannya. "Saya berseorangan di rumah ketika itu, maklumlah rumah kami di tepi highway. Ketika kejadian itu berlaku, saya rasa macam ada orang ketuk tingkap sahaja" "Kemudian saya mengalami bintik-bintik merah di bahagian tangan dan bila pergi ke klinik serta hospital mereka kata saya alahan. Apabila pak cik saya datang ke rumah, dia beritahu yang saya 'ditegur' oleh makhluk tersebut dan barulah kami menyedarinya," tambahnya.

 
Read more ...

Saturday, August 08, 2015

VIRAL ! Dua Gadis Ini Bergaduh Besar Di Twitter Kerana Seorang Lelaki, Hensem Sangat Ke Lelaki Tu ???

Fuhh panas! panas! kalah drama petang-petang kat televisyen tu. Semalam kami terima kiriman dari follower kami di inbox bahawa terjadi nya pergaduhan besar-besaran di Twitter. Jadi kami pun buka la akaun Twitter milik kedua-dua wanita yang bergaduh ni. Memang teruk beb! Haa korang nak tahu puncanya? Puncanya adalah kerana seorang lelaki yang bergelar 'boyfriend'. Mengikut pemahaman kami, wanita A ni menuduh wanita B merampas boyfriend wanita A.. Yang wanita B pula cakap dia tak rampas pun.. Eh macam-macam lah! Kisahnya bermula.. Mula-mula wanita ni mengemas kini status di Twitter. Nampak macam moody semacam, tengah ada problem dengan boyfriend ke apa sampai emo macam ni? Beberapa jam lepas tu..
Dan perang pun bermula..
Like seriously awak cakap saya nak rampas boyfriend awak yang macam ni?
Couple 2 tahun? Ye ke ni?? Mungkin gadis di bawah ini mengenali  si Fara Boyfriend Amelyn datang backup!
'Ladies, please keep your class' Ada betulnya apa yang wanita tu tegur.. Iya lah, perkara macam ni elok bawa bincang supaya tak menimbulkan sebarang fitnah atau pemikiran negatif dari netizen. Harap-harap diorang ni satu hari nanti jadi BFF la ye.. Huhu Sumber Asal

Read more ...

KJ tak boleh terima pegawai SPRM ditukar

 



 SPRM sedang menyiasat kes berprofil amat tinggi dan Bahri pernah bersumpah atas nama Allah untuk mencari "dalang" yang mengganggu pegawai agensi antirasuah berkenaan.


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melahirkan rasa kecewa terhadap pertukaran dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

"Jangan kerana ada agenda, kita sanggup meruntuhkan apa sahaja institusi yang ada.
"Saya tidak sanggup membenarkan dan membiarkan keadaan seperti itu (berlaku)," kata Khairy.
Ahli Parlimen Rembau itu mengulas pertukaran Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikaso Strategik mereka, Datuk Rohaizad Yaakob, secara mengejut.

Kedua-dua mereka ditugaskan di Jabatan Perdana Menteri.

Rohaizad pula semalam menerima kunjungan wakil parti pembangkang di ibu pejabat agensi berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ke-64 Majlis Belia Malaysia (MBM) di Kuala Lumpur malam tadi, Khairy berkata beliau difahamkan salah seorang pegawai itu dipindahkan mungkin hanya kerana menerima kunjungan pembangkang.

Rakyat kian tak percaya

Tambahnya tindakan memindahkan pegawai yang sedang menjalankan siasatan hanya akan merosakkan imej SPRM serta memberi gambaran seolah-olah ada agenda tertentu untuk menakut-nakutkan  agensi berkenaan.



Tegasnya, kebebasan untuk menjalankan tugas perlu dikembalikan kepada SPRM agar institusi itu tidak dilihat lemah sehingga menimbulkan reaksi dan persepsi buruk di mata masyarakat.
"Saya harap tindakan seperti ini dapat dihentikan segera dan intimidasi terhadap SPRM mestilah berhenti.

"Saya tidak boleh terima institusi seperti SPRM pemindahan pegawai-pegawai ini saya lihat sungguh pelik dan sangat mengecewakan seolah-olah ada intimidasi yang terancang terhadap SPRM bagi saya melemahkan institusi itu," katanya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, tindakan menukar pegawai SPRM itu sangat tidak adil sehingga akan menimbulkan lebih banyak spekulasi dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

"Kalau tindakan sebegini diteruskan, maka kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan menjadi lebih teruk.

"Biarlah SPRM menjalankan tugas tanpa sekatan, jangan sesekali kita serang institusi ini," katanya.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *