Recent Post
Showing posts with label MH370. Show all posts
Showing posts with label MH370. Show all posts

Saturday, September 19, 2015

Pendedahan BERANI MATI Tun Mahathir Mengenai MH370 Yang Sangat MENGEJUTKAN !



PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh menerima laporan interim mengenai kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan khuatir terdapat 'permainan teknologi' berhubung kehilangan pesawat tersebut.  Beliau berpendapat adalah sesuatu yang amat pelik pada zaman ini apabila sebuah pesawat yang beratnya 230 tan boleh hilang sehingga tidak boleh dijumpai.

 "Saya masih tidak boleh terima segala laporan ini. Dalam zaman komunikasi yang begitu baik, kita tidak tahu apa jadi. Sedangkan kita boleh tengok rupa bentuk kawan kita yang duduk 12,000 batu dari sini.

 "Tapi pesawat ini misteri, hilang semua. Tidak pernah jadi dalam sejarah dunia. Saya khuatir ada permainan teknologi," katanya. Beliau turut menyifatkan dakwaan bahawa juruterbang menenggelamkan pesawat berkenaan di Lautan Hindi sebagai tidak logik.

 "Saya ingat ini agak pelik. Kalau dia nak bunuh diri, dia bunuh diri tempat dia mulalah (terbang). Apa hendak bawa kapal terbang empat lima jam cari tempat paling dalam (di Lautan Hindi)," jelas Dr Mahathir. Semalam, laporan interim yang disediakan Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai MH370, diumumkan. Penerbangan MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac tahun lepas.
Read more ...

Friday, August 07, 2015

10 Fakta Mengejutkan Tentang Pulau Reunion Dimana Lokasi serpihan #MH370 Dijumpai...


MESTI TAHU!!! 1. Pulau ini pertama kali telah ditemui oleh Portugis pada abda ke 16. Pulau yang pada ketika itu iada berpenghuni ini dibiarkan begitu saja oleh Portugis kerana mereka meneruskan pelayaran ke Asia Tenggara. Pada tahun 1643, Peranchis mengambil alih pulau ini dan mengishtiharkannya sebagai pulau jajahan mereka. Wakil Peranchis dan koloni mereka seterusnya mendiami pulau ini selama 20 tahun. SEhingga kini pulau ini masih di bawah jajahan Peranchis. 2. Nama asal bagi Pulau Reunion adalah Bourbon Island. Pulau yang terletak di Lautan Hindi ini kemudiannya ditualr nama kepada Pulau Reunion oleh Peranchis pada tahun 1793. 3. Bahasa asal yang digunakan oleh rakyat yang mendiami pulau ini agak unik kerana ia adalah campuran 3 bahasa –  Bahasa Peranchis, Malagasi (bahasa dari Madagaskar) dan Bahasa Gujerat (dari India). Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana pedagang dari Madagaskar dan India kerap berkunjung ke sini. Namun begitu Bahasa Peranchis merupakan bahasa rasmi di pulau ini. 4. Hasil bumi utama yang menjadi bahan eksport dari Pulau Reunion adalah Gula. Hasil bumi lain adalah beras dan tebu. 5. Bagi pekerja pejabat di Pulau Reunion, waktu rehat mereka adalah 2 jam setiap hari bermula dari jam 12 tengahari hingga 2 petang. Wah, ini memang menarik! 6. Lokasi Pulau Reunion berhampiran dengan garisan Khatulistiwa menjadikan iklim di pulau ini tidak banyak berbeza dengan Malaysia. Justeru pulau ini menjadi tumpuan pelancong dari Eropah untuk bercuti sambil berjemur di pantai. 7. Oleh kerana pulau ini masih di bawah pemerintahan Peranchis, matawang rasmi di Pulau Reunion adalah Euro dan menjadi matawang rasmi untuk kegunaan transaksi harian di pulau ini. Meskipun begitu, matawang US Dollar juga diterima di beberapa hotel dan restoran 'high class' di pulau ini. 8. Pulau ini juga memiliki gunung berapi masih aktif yang diberi nama Piton de la Fournaise. Merupakan antara gunung berapi paling aktif di dunia, Piton de la Fournaise direkodkan telah meletus sebanyak 150 kali sejak abad ke 17. Letusan terkini dari gunung berapi ini adalah pada tahun 2007 dan telah menghasilkan pemandangan menarik dari jauh. Sewaktu tiba di sini, para pelawat perlu mendaki anak tangga yang membawa mereka jauh ke atas. Disepanjang laluan beberapa kawah (craters) akan ditemui sebelum melalui jalan yang membawa ke bahagian yang lebih tinggi. 9. Salah satu tarikan utama di Pulau Reunion adalah bassin des Aigrettes. Merupakan kolam air semula jadi dengan air terjun mengalir dari atas terus ke dalam kolam, ia bakal menawarkan pengalaman berbeza untuk mereka yang berkunjung ke sini. 10. Bentuk muka bumi dan alam semula jadi di pulau ini tak kalah dari segi keunikan dan keindahannya. Jika anda meminati hiking, di sini anda berpeluang untuk menikmati pemandangan indah air terjun yang turun dari celah bukit ke jurang, melihat canyon yang dalam, gunung berapi aktif serta berjalan di lereng bukit menuju ke lokasi menarik antaranya Le Maido, atau sekadar memandu di jalan raya yang di bina atas air di sekeliling pulau ini. Jadi kini anda sudah tahu, Pulau Reunion bukanlah sebuah pulau yang sepi tetapi sebaliknya kaya dengan alam semula jadi dan nilai sejarah. Bagi mereka yang sukakan alam semulajadi, Pulau Reunion sewajarnya menjadi satu lagi destinasi dalam 'bucketlist' anda. - TheVocket
Read more ...

Luahan SEDIH Salah Seorang BAPA Mangsa MH370!!! Sekurang-kurangnya jika jumpa sehelai baju pun jadilah....

Luahan SEDIH Salah Seorang BAPA Mangsa MH370….."Sekurang-kurangnya jika jumpa sehelai baju pun jadilah"….Bera: Bapa kepada salah seorang mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, Selamat Omar, 62, terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengesahkan penemuan 'flaperon' di Pulau Reunion, adalah milik pesawat malang itu.


Menurutnya, penemuan itu adalah di luar jangkaan kerana kedudukan flaperon itu dari lokasi sebenar pesawat itu disahkan terhempas iaitu di Selatan Lautan Hindi lebih setahun lalu adalah terlalu jauh.
"Ini memang di luar jangkaan…sebab ia terlalu jauh dari lokasi sebenar pesawat itu dikatakan terhempas.

"Namun saya tetap menerima ini sebagai takdir…Usaha pencarian bukti-bukti lain akan diteruskan oleh kerajaan Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama di kediamannya di Felda Bukit Mendi di sini, hari ini.
Selamat adalah bapa kepada mangsa Khairul Amri Selamat, 29.

Selamat berkata, dengan penemuan bukti terbaru itu mungkin sedikit sebanyak memudahkan usaha pencarian bukti-bukti lain termasuk barangan peribadi milik mangsa.

"Sekurang-kurangnya jika jumpa sehelai baju pun jadilah, ia untuk memberi keadilan kepada keluarga mangsa yang masih berharap agar mayat atau jenazah mereka dijumpai," katanya.

Pesawat MAS Penerbangan MH370 yang membawa Mohd Khairul Amri bersama 226 penumpang lain bersama 12 anak kapal ke Beijing, China hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac lalu.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. Bernama
Read more ...

Thursday, August 06, 2015

MH370: Keluarga mangsa tidak puas hati, tuntut penjelasan lanjut


JACQUITA Gonzales (kiri) dan isteri Ketua Pramugara MH370, Andrew Nari, Melanie Antonio (kanan) bercakap kepada media di Kuala Lumpur. - Foto AFP

KUALA LUMPUR: Keluarga Penyelia Penerbangan MH370, Patrick Francis Gomes berkata, pengesahan bahawa pesawat itu terhempas masih belum mencukupi untuk menamatkan misteri berkenaan kerana mereka menuntut penjelasan lebih lanjut mengenai punca kehilangannya.

"Sekarang saya ingin tahu di mana bahagian utama pesawat itu supaya kita boleh keluarkan penumpang dan mendapatkan kotak hitam, supaya kita tahu apa yang berlaku.

"Hanya selepas itu bagi kami barulah perkara ini selesai sepenuhnya," kata Jacquita Gonzales, isteri kepada Patrick Francis Gomes. - AFP
Read more ...

Saturday, August 01, 2015

Sah milik Boeing 777

Kuala Lumpur: Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengesahkan serpihan flaperon yang ditemui Pulau Reunion, Rabu lalu, ialah komponen pesawat Boeing 777 yang secara tidak langsung meningkatkan kemungkinan mengesahkan ia adalah milik pesawat penerbangan MH370.

"Berdasarkan nombor siri pada komponen itu, mengesahkan serpihan itu adalah daripada pesawat Boeing 777. Maklumat ini daripada Penerbangan Malaysia. Mereka sudah beritahu saya.

"Saya percaya kita bergerak hampir menyelesaikan misteri MH370. Ini boleh menjadi bukti meyakinkan bahawa MH370 terhempas di Lautan Hindi," katanya di sini, hari ini.

Hanya satu pesawat Boeing 777 dilaporkan terhempas di Hemisfera Selatan iaitu MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 selepas berlepas dari Kuala Lumpur untuk ke Beijing, China.

Komponen sayap atau flaperon sepanjang dua meter yang ditemui di pulau milik Perancis, Reunion, itu tercatat nombor 657-BB. Ia dihantar ke Perancis malam tadi untuk siasatan.

Kenyataan Abdul Aziz itu adalah kenyataan rasmi pertama mengesahkan komponen berkenaan milik pesawat Boeing 777 dan ia menjadi langkah pertama untuk mengenal pasti pesawat mana.
Menurut Abdul Aziz, pengesahan paling muktamad perlu datang daripada Boeing dan pengubahsuaian oleh syarikat itu terhadap flaperon berkenaan memudahkan ia dikenal pasti.

"Ada beberapa ubah suai pada bahagian dalaman flaperon itu. Hanya Boeing boleh mengesahkan (flaperon itu datang dari MH370). Ubah suai itu dilakukan Boeing.

"Hanya selepas mereka mengesahkan bahagian dalaman flaperon yang mereka ubah suai itu, barulah kita boleh yakin ia dari MH370," katanya.

Abdul Aziz berkata pasukan penyiasat Malaysia sudah berada Paris dan akan ke Toulouse untuk membantu memeriksa serpihan.

Menurutnya, satu lagi pasukan Malaysia dalam perjalanan ke Reunion untuk memeriksa beg bagasi yang ditemui semalam atau apa saja serpihan dan barang lain ditemui. - AFP
Read more ...

Friday, July 31, 2015

MH370 families still waiting for official statement after Reunion debris find

Selamat Omar, father of a MH370 passenger, says he is not too hopeful the Reunion Island wreckage belongs to MH370. – Reuters filepic, July 31, 2015.Relatives of Malaysia Airlines (MAS) flight MH370 passengers are still waiting for official confirmation from the authorities on the discovery of a debris in La Reunion Island on Wednesday, which could be from the ill-fated aircraft.

For Selamat Omar, 60, father of passenger Mohd Khairul Azmi, he was not too hopeful the wreckage belonged to MH370 as the distance was too far from the search area in the Indian Ocean.
"Nonetheless I am leaving it all to the government and investigators, whatever they say, I accept. If the debris is from MH370, then I am thankful," he said today.

Selamat said MAS has been keeping them informed on each latest development on MH370.
"MAS contacted me on the current development in the search for MH370 including the debris found two days ago."

As for Kelvin Shim, 39, husband of MH370 flight attendant Christine Tan, he was confused whether the debris found could really be part of the ill-fated aircraft since the investigation was still going on.
"Actually I don't know whether the debris found in Reunion Island is part of the aircraft. If it is proven to be part of it, I would really like to go there myself."

He also said that MAS sent him two emails yesterday and today to inform him about the latest development and one of the emails contained a letter said to be from Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

"They called me to check whether I have received the emails or not and they kept updating and said they would try their best to get the first hand news to us."

For the eldest daughter of MH370 chief steward Andrew Nari, Maira Elizabeth Nari, 19, she hoped for something assuring on the latest discovery.

"I am jittery over the outcome of the investigation team on the find."

She described the latest development on MH370, which was disseminated via social websites as something not credible, but she would leave it to the authorities to investigate.

On Wednesday, several images of a wreckage believed to be the flap of a Boeing 777 on social media gave new hopes in the search for the missing MH370 aircraft.

Airlive.net, a website on aviation industry news and information tweeted a picture of a wreckage and uploaded the status "Broken piece of wing found on La Reunion Island, could that be the flap of #MH370?"
Flight MH370 vanished from the radar at about midnight on March 8 last year while flying from Kuala Lumpur to Beijing carrying 227 passengers and 12 crew members. – Bernama, July 31, 2015.
Read more ...

Model pergerakan boleh jadi petunjuk baru pencarian MH370

KUALA LUMPUR: Model pergerakan bahagian pesawat boleh menjadi petunjuk kepada pencarian Penerbangan Malaysia MH370, kata Kapten (B) Rahmat Omar, Bekas Penyiasat Penerbangan TUDM.
Menurut beliau, daripada model pergerakan itu, siasatan mungkin akan dapat difokuskan dengan lebih baik lagi di kawasan pencarian yang ada sekarang.

"Apa yang perlu dilakukan ialah melihat kembali drift model (model pergerakan) berdasarkan kepada bahagian pesawat yang ditemui, berat dan sebagainya, dan lihat berapa lama ia telah hilang serta punca bahagian ini sebenarnya mula bergerak 17 bulan yang lalu," katanya kepada Astro AWANI.
Bagaimanapun katanya, semua pihak perlu menunggu dengan lebih lanjut lagi pengesahan daripada pasukan penyiasat di Perancis.

BACA: Serpihan di Pulau Reunion milik MH370? Apa yang diketahui setakat ini

Pasukan pencarian Australia pada Jumaat berkata mereka 'berkeyakinan tinggi' sisa pesawat yang dijumpai di Pulau Reunion, berhampiran Madagascar pada Khamis adalah dari pesawat MH370 dan proses identifikasi akan diperolehi dalam masa 24 jam.

Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss memaklumkan penemuan serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 adalah konsisten dengan kawasan pencarian sebelum ini.

Sejak dilaporkan terputus hubungan pada Mac tahun lalu, pasukan pencari tidak menjumpai serpihan pesawat MH370.

Kerajaan Malaysia kemudiannya mengisytiharkan kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat berkenaan telah terkorban.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *