Recent Post
Showing posts with label Tips Dan Petua. Show all posts
Showing posts with label Tips Dan Petua. Show all posts

Wednesday, September 23, 2015

10 Tanda Orang Yang Membela Hantu Raya



Assalamulaikum dan selamat sejahtera, menurut blog yang mendakwa memetik kata-kata pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz yang disiarkan dalam sebuah tabloid, individu yang membela hantu raya boleh dikenal berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya seperti di bawah ini 

1. Takut bertentang mata apabila bercakap

2. Gementar dan keluh kesah apabila berjumpa dengan orang alim

3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh apabila berada dalam majlis ilmu

4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka menjamu orang makan pada malam Jumaat

5. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luar biasa apabila melakukan kerja-kerja berat

 6. Apabila keluar rumah, orang itu tidak akan memberitahu ahli keluarga terutama isteri tentang hal itu

7. Kerap membawa berpuluh-puluh telur rebus ke dalam hutan

8. Apabila ada mesyuarat, orang ramai akan patuh dan tunduk dengan keputusan yang dibuatnya

 9. Mempunyai tenaga seks luar biasa ketika bejimak dengan isteri. 

 10.Kerap bersetubuh.  Ustaz Abu Bakar berkata undividu yang bersahabat dengan hantu raya memperolehi apa hajat dengan bantuan makhluk itu. 
Read more ...

Tuesday, September 15, 2015

Air mani gajah ‎buat ‘penunduk’


image (1)

MAHU kelihatan beraura dan dipuja lebih ramai wanita, segelintir golongan lelaki di negara ini dikesan mengamalkan pemakaian cincin batu permata air mani gajah sebagai ilmu pengasih.

Cara untuk mendapatkan lebih keberkesanan, batu yang diikat pada cincin itu dikatakan perlu direndam ke dalam air zamzam terlebih dahulu dan dibacakan selawat serta diniatkan tujuan dikasihi, disayangi dan dicintai, lalu dipakaikan ke jari manis pada sebelah tangan kanan.

Batu air mani gajah ada peminat dan pembeli tersendiri.

Batu air mani gajah ada peminat dan pembeli tersendiri.

Cincin itu dibenarkan dibawa masuk ke tandas tetapi tidak boleh dipakai pada jari di tangan kiri yang digunakan untuk beristinjak.

Cerita yang diperoleh daripada seorang penjual batu permata dan ubatan tradisional di sebuah pasar di sini, menimbulkan pelbagai persoalan, terutama tentang hukum si pemakai dan tujuan mereka memakainya.
Adakah ia khurafat untuk mempercayainya, apatah lagi mengamalkannya sehingga mengenakan pada anggota badan umat Islam.

Batu-batu yang sedia untuk dicanai mengikut cita rasa pelanggan yang datang ke kedai Mohd Rafizi.

Batu-batu yang sedia untuk dicanai mengikut cita rasa pelanggan yang datang ke kedai Mohd Rafizi.
Ganggu akidah

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan, memberi nilai tambah kepada sesuatu batu yang disebut air mani gajah sebagai batu yang mampu membuatkan seseorang itu dicintai, dikasihi atau perniagaan menjadi semakin laris serta sebagainya, sebenarnya akan mengganggu akidah.

"Air mani itu sendiri tidak najis tetapi berbalik kepada tujuan si pemakai cincin air mani gajah tersebut.
"Kita dibenarkan memakai perhiasan seperti cincin dan dibolehkan bagi tujuan itu, namun bukan pula untuk tujuan pengasih mahupun pelaris.

"Sama juga kalau memakai cincin delima atau zamrud yang ada pelaris, ia tidak berapa sesuai dengan kehendak agama dan sudah lari daripada ajaran Islam sebenar, malah tidak tepat serta boleh mengelirukan serta menyeleweng," katanya.

Seperti penulis, beliau turut membayangkan keberanian pencari air mani gajah yang masuk ke dalam hutan belantara dan bertembung dengan sepasang gajah yang sedang kemaruk bercinta.

Sedang dia menunggu untuk mengambil benih binatang besar tersebut, berkemungkinan orang itu menemui ajalnya di situ apabila digulingkan binatang liar tersebut sebelum sempat membawa air mani tersebut pulang.
"Gajah cukup sensitif, kalau duk menunggu pada masa tu, rasanya 'dighembah' (dibelasah) gajah.
"Saya tidak nampak dengan jelas, kalaulah mereka dapat sekalipun, banyak mana sangat sampai boleh dijual.

"Macam besi dibuat keris, ada kegunaannya, air boleh jirus pokok tetapi tidaklah sampai boleh melariskan. Jual laris apabila masakan itu sedap. Ini tidak, kita bimbang, takut berkemungkinan ada unsur penipuan," katanya.
Dipakai pada jari manis sebagai perhiasan atau penyeri diri.

Dipakai pada jari manis sebagai perhiasan atau penyeri diri. Harga cecah RM2,000 untuk sebentuk cincin
Air mani gajah boleh didapati di pasaran dan dijual secara terbuka dalam bentuk ketulan pelbagai saiz dengan harga serendah RM60.

Air mani yang mengeras seperti batu itu akan dibawa ke kedai cincin untuk dicanai kepada bahagian yang lebih kecil dan diikat kepada cincin mengikut cita rasa pelanggan.

Pada peringkat ini, harganya akan menjadi lebih mahal, boleh mencapai sehingga RM2,000 bagi sebentuk cincin.

Mohamad Shukri berkata, umat Islam perlu berwaspada, jangan sampai terperangkap dalam unsur penipuan. Jika terbukti menipu, pihak berkuasa perlu bertindak, namun sejauh mana mereka boleh mengambil tindakan.

"Masyarakat sendiri yang perlu menilai perkara itu, ditambah dengan perkembangan pada zaman moden dan pemikiran serba maju, seharusnya menilai sesuatu biar ada kemunasabahannya," katanya.

Beliau turut menasihatkan umat Islam berhati-hati pada kepercayaan yang khurafat, buat penilaian secara rasional supaya tidak mudah terperangkap dengan penipuan.

"Kalau kita fikir air mani gajah boleh kuatkan seks, mungkin ada kebenaran dengan merujuk kekuatan gajah. Ini tidak, dari segi saintifik, daripada mani gajah, wanita boleh terpikat, macam mana?", katanya.
Paling laris sejak 1990

Seorang pencanai permata, Mohd Rafizi Hassan, 30, berkata, enam tahun menyambung perniagaan milik mertua di kawasan tempat letak kereta, bangunan Jalan Putera Semerak, di sini, batu permata daripada air mani gajah adalah yang paling laris sejak 1990 hingga kini.

"Pada mula-mula diperkenalkan, batu ini sangat popular dalam kalangan peminat cincin permata dan mampu jual sehingga 20 hingga 30 bentuk sehari. Saya hanya menjual kepada pelanggan dan tidak mengambil pusing sama ada ia tulen atau tidak.

"Kebanyakan pelanggan yang datang lebih arif dan berpengetahuan tentang ketulenan batu air mani gajah yang dimahukan. Mereka datang daripada seluruh negeri termasuk Terengganu, Johor, Kuala Lumpur dan Kedah.

"Tidak kurang juga yang datang dari Singapura dan Indonesia serta negara jiran, Thailand untuk mendapatkan batu yang tulen daripada air mani binatang tersebut," katanya.

Katanya, batu air mani gajah memiliki kelas-kelasnya tersendiri dan nilainya akan semakin tinggi jika terdapat jalur-jalur dikatakan darah pada warna batu kekuningan serta warna lebih pekat.

Seorang peminat cincin, Husni Wadi Hussin, 36, pula berkata, dia memakai cincin air mani gajah sekadar perhiasan, tetapi mengakui ramai rakannya menegur dia memiliki aura tersendiri dan mempunyai ramai kenalan.

"Saya dapat batu ini hadiah daripada bapa seorang rakan dan pernah ditawarkan RM600 oleh seorang kawan, tetapi saya tidak berniat untuk menjualnya kerana sayang batu ini, sebab ia pemberian daripada seseorang," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga tudung lelaki berusia 38 tahun pula mengakui menyimpan batu air mani gajah untuk tujuan melariskan perniagaannya yang diusahakan sejak enam tahun lalu.

"Ikut kata orang, ia pelaris, tetapi semua dengan izin ALLAH SWT. Kalau malas, asyik tidur, buat kerja apa pun tidak jadi, niaga pun tidak laku juga," katanya.
Read more ...

Sunday, August 16, 2015

Anda Pasti Tidak Akan Buang Kulit Pisang Selepas Tahu 5 Rahsia Ini

Selepas makan pisang, anda mungkin membuang kulitnya. Namun tahukah anda bahawa kulit pisang sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan? Daripada kecantikan sehinggalah tanaman. Kali ini kami bawakan beberapa manfaat kulit pisang yang menakjubkan, tetapi jarang diketahui, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Times of India dan dipetik portal Merdeka.com. Menyuburkan tanaman Kulit pisang boleh digunakan untuk kompos dan menyuburkan tanaman. Anda boleh menggunakan kulit pisang dengan memotong-motong, kemudian menaburkannya pada tanaman. Kulit pisang akan buat tanah lebih subur dan tanaman cepat tumbuh.

Anda juga boleh gunakan kulit pisang untuk menyiram tanaman. Caranya: rendam kulit pisang dengan air. Kemudian campurkan air tersebut dengan lima bahagian air bersih yang biasa. Akhirnya, siramkan air berkenaan terus pada tanaman terbabit.

Menyembuhkan luka Ramai tidak tahu kulit pisang juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan membuat luka cepat sembuh terutama pada waktu kecemasan. Caranya ialah dengan menggosokkan kulit pisang pada bahagian yang cedera, atau menampalkannya pada bahagian luka untuk satu malam. Ini mungkin nampak lucu dan ala siri drama popular 1980-an MacGyver; namun tentunya anda perlu membersihkan kulit pisang sebelum itu. Mengilaukan bahan kulit, perak Menggosok bahan kulit, seperti beg atau kasut yang diperbuat daripada kulit, dengan kulit pisang boleh membuatnya kelihatan berkilat seperti jika menggunakan pengilap.

Bukan itu sahaja, rendaman kulit pisang juga boleh digunakan untuk membuat bahan-bahan perak menjadi lebih berkilau. Tidak percaya, cuba dahulu di rumah. Menghilangkan kutil Kulit pisang juga didakwa ramai pakar perubatan tradisional sebagai boleh menghilangkan kutil.

Caranya adalah dengan menampalkan kulit pisang pada kutil dan hanya membiarkannya semalaman. Memang nampak kelakar tetapi cara itu diketahui boleh mengempiskan kutil secara beransur-ansur. Menghalau serangga Ini pasti lebih mesra alam dan dijamin bebas daripada penggunaan racun bahan kimia.

Kulit pisang boleh membantu untuk menghalau serangga perosak seperti lalat daripada tanaman. Anda hanya perlu menaburkan sahaja kulit pisang pada tanaman tersebut, atau tanam kulit pisang di kebun.
Read more ...

Saturday, August 15, 2015

Tips Amalkan Pengisian Minyak Dalam Jumlah Liter Yang Perlu Semua Orang Tahu

Tips Amalkan Pengisian Minyak Dalam Jumlah Liter, Bukannya Ringgit..!!



Kelebihan Isi Minyak Dalam Jumlah Liter Yang Kita Tidak Tahu

Contoh:


Pergi ke kaunter, cakap nak isi 20 liter.

Lepas itu bayar RM46. Ini lebih baik daripada isi RM40, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 15.7894737 liter.

Sedangkn nozzle hanya menyukat sehingga 2 tempat perpuluhan sahaja.

Maknanya kita rugi 0.0094737 bg setiap pengisian RM 40. bayangkan, kalau setiap hari ada 1000 orang yang isi RM40, stesen minyak dah untung 9.4737 liter.

Itu kalau 1000 orang, kalau 1 hari? sebulan? itu hanya pengiraan ringkas utk pengisian RM40 sahaja. bayangkan, berapa banyak stesen minyak akan untung atas selisih kiraan jumlah liter ini.

Sebab itu st esen minyak selalu buatt program cabutan bertuah dengan pembelian minimum RM40. Mereka mahu menanam sifat mengisi minyak mengikut nilai RM, bukan ikut nilai liter.

Panduan Isi Minyak
Isi dalam liter. 1 liter bersamaan dengan rm2.30, isi lah rm23 jadi 10 liter isi rm46 jadi 20 liter isi rm69 jadi 30 liter kalau isi 35 liter darab dengan rm2.30

kalau isi guna jumlah duit, liter tu akan dibundarkan ke jumlah terdekat.
Contoh 31.777 liter. rugi sikit, tapi kalau tiap-tiap hari taukey stesen minyak yang untung.
Read more ...

Tuesday, August 04, 2015

Tips & Petua Untuk Mencari Barang Yang Hilang


Petua Mencari Barang Yang Hilang Pernahkah anda terlupa di mana letaknya barang yang anda simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan halaman rumah ataupun di mana juga? Untuk mencarinya bukanlah perkara yang mudah dan mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun masih belum berhasil untuk menemuinya.  Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah petua ini. Petua 1 Baca SELAWAT (berulang-ulang kali) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran anda ingatkan kembali bilakah waktu akhir anda Nampak atau pegang barang itu.  Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda, anda akan menemuinya semula. Petua 2 Baca: Al-Fatihah 7 kali Al Fath 1-3 7 kali Al Khafi Ayat 19 7 kali Surah Al-Ikhlas 7 kali Selawat 7 kali Ya Allah 3 kali. Kemudian wirid 'Ya Hafiz' 119 kali Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut. Petua 3 Doa yang menjadi amalan para awliya' dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A'rifin/Ahlillah/Awliya' Allah) tulisan Imam an Nawawi.  Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab 'Karamah Awliya'. Doa itu adalah:



"Ya Jami'an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma' alayya dhollati" Maksudnya, "Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya, himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu." Berkata Imam Nawawi, "Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa' ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya."
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *