Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Sebelum ini Chef Wan telah menegur ahli keluarga beliau yang pemalas langsung tidak membantu beliau dan bangun lambat pada Hari Raya Aidilfitri lepas.
Perkara tersebut telah menjadi viral selepas salah seorang ahli keluarga Chef Wan telah tampil dengan kenyataan balas bahawa mereka sebenarnya terpaksa melayan peminat beliau yang tidak putus berkunjung ke rumah mereka.
Tidak mahu terus diperkotak-katikkan oleh Chef Wan, ahli keluarga yang telah dimalukan oleh chef selebriti itu bakal menyaman Chef Wan kerana telah memalukan, mengaibkan dan memfitnah insan-insan yang berada di dalam gambar tersebut.
"This is an example to all anak2 muda bila orang tua menegur perkara yang tak baik kita laku kan ada sebabnya. Esok lusa kita jugak akan mengambil tanggungjawab menjaga anak2 kita sendiri atau pun cucu2 kita sendiri. Silap hari perbuatan kita itu esok Allah balas kan balik kena tepat pada batang hidung sendiri.
"Yang Mak bapak pulak jika anak tu buat kesilapan ada la tanggung jawab kita memperbetulkan ini dan bukan menyebelahi mereka. I am sure some of u who have been through this among our siblings knows exactly what im talking about," tulis Chef Wan di laman IGnya.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER
No comments:
Post a Comment