Recent Post

Tuesday, August 11, 2015

Cool! Papan Kekunci Tanpa Wayar Yang Diperbuat Daripada Kayu


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

PAPAN kekunci atau lebih dikenali dengan 'keyboard' adalah alat input yang penting untuk menaip.

Papan kekunci yang baik akan memudahkan proses melakukan kerja dan terdapat pelbagai pilihan di pasaran.

Ada yang menggunakan suis mekanikal bagi memberikan input yang lebih jitu sertaada yang direka dengan lebih ergonomik bagi menghalang masalah RSI dari berlaku.

Rekaan mungkin berbeza tetapi kesemuanya menggunakan plastik sebagai bahan binaan.

OréeBoard 2 cuba melakukan perubahan dengan menggunakan kayu.

Board-2

Papan kekunci Orée Board 2 diperbuat daripada kayu maple dan walnut.

Ia boleh ditambat kepada lima peranti serentak menggunakan teknologi Bluetooth.

Selain peranti pintar ia turut sesuai digunakan oleh komputer Windows dan Macintosh.

Setiap perkataan dan simbol pada Board 2 diukir menggunakan laser bagi memastikan ia tidak mudah terpadam.

Anda turut boleh memilih empat muka taip berbeza untuk diukir pada kekunci Board 2.

Ia memerlukan hanya dua bateri AA untuk berfungsi, setiap Board 2 dijual pada harga USD190 (RM800) sebuah.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

Sumber: Oree Board 2

Komen

comments




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *