Recent Post

Sunday, August 23, 2015

Peningkatan pelaburan bukti keyakinan terhadap dasar kerajaan - PM


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR: Jumlah pelaburan sebanyak RM113.5 bilion yang diterima Malaysia pada separuh tahun pertama tahun ini menunjukkan keyakinan terhadap dasar mesra pelaburan kerajaan, kata Datuk Seri Najib Razak.

"Pelaburan baharu diluluskan bagi Januari-Jun 2015 telah mencatat RM113.5 bilion. Ini menunjukkan keyakinan terhadap dasar mesra pelabur kerajaan," kata Perdana Menteri dalam laman twitter rasminya hari ini.

Jumlah pelaburan itu lebih tinggi berbanding RM112 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Rabu lalu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata 81.1 peratus daripada pelaburan itu disumbang oleh pelabur domestik.

Menurutnya, pelaburan itu adalah untuk 2,487 projek yang dijangka menjana kira-kira 101,780 peluang pekerjaan.

- BERNAMA




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *