Recent Post

Sunday, August 09, 2015

UMNO Pasir Gudang harap kemelut diselesaikan dengan telus


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

PASIR GUDANG: UMNO Pasir Gudang mengambil pendirian bahawa ruang dan masa mesti diberikan kepada pucuk pimpinan parti untuk merungkai segala kemelut yang melanda parti.

Antara isu tersebut adalah kemelut berkaitan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Felda, GST, kejatuhan ringgit, kos sara hidup dan rombakan Kabinet.

Perkara tersebut disampaikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor merangkap Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin dalam ucapannya sempena majlis Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang hari ini.

"Kami menyatakan sokongan sebulat suara kepada Datuk Seri Presiden agar semua kemelut ini boleh diselesaikan dengan telus.

"Kami alu-alukan dan menghargai janji Datuk Seri Presiden untuk menyelesaikan hutang berkaitan 1MDB dalam masa enam bulan. Kami percaya ia akan tercapai," ujar beliau.

Majlis tersebut menyaksikan kehadiran kali pertama Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikannya.

Khaled turut menyentuh soal mengambil kepentingan suara akar umbi, tumpuan kepada agenda bangsa, perjuangan Melayu dan perpaduan.

"Kami mengharapkan jalan pencerahan. Selamatkanlah UMNO dengan mengajak kepasa kesatuan dan muafakat bersama.

"Lebih-lebih lagi di Johor. Ia (UMNO) lahir, dibentuk, diasuh dan didewasakan di sini. Kami tidak akan sekali-kali membenarkan ia dikebumikan di sini," tegas Khaled lantas disambut tepukan dan sorakan para perwakilan.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *