Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Dengan penemuan mayat itu juga, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati laluan memasuki jalan berkenaan ditutup daripada kunjungan orang awam sejak jam 7 pagi. Turut kelihatan pergerakan keluar anggota dari pasukan penyelam Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira jam 8.15 pagi. Pada jam 8.55 pagi, anggota STAFOC bergerak keluar dari lokasi penemuan mayat terbabit. Bau busuk juga dapat dihidu di kawasan terbabit, dengan jarak hanya 100 meter dari tempat pengamal media berhimpun.
Pada 4 September lalu, Kevin dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Menara Duta (1), Kondominium Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. Sehari selepas itu, sebuah kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord tanpa nombor enjin dan casis yang sudah dirosakkan dan hangus terbakar ditemui di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini mengklasfikasikan kehilangan Morais sebagai kes dilarikan dan disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
No comments:
Post a Comment