Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Kota Kinabalu: Lebih 5,000 graduan jurusan pendidikan yang masih menganggur bakal diambil bekerja bagi memenuhi sasaran 90 peratus tenaga pengajar warga tempatan dalam tempoh tiga tahun lagi.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Jame Alip berkata, pengambilan itu akan dilakukan menerusi sesi pendaftaran temuduga yang akan diadakan bermula 6 hingga 9 Oktober depan.
"Sebagai langkah awal, keutamaan akan diberikan kepada graduan jurusan pendidikan yang masih menganggur.
"Majlis Pelancaran Inisiatif Pengumpulan Data 90:10 ini akan bermula di Lobi Wisma Pendidikan, Likas pada 6 Oktober depan, diikuti pejabat pendidikan di daerah lain sehingga 9 Oktober nanti," katanya.
Sehubungan itu, graduan berkaitan diminta hadir bagi mendaftar di pejabat pendidikan bagi membolehkan pengumpulan data dan temuduga dilakukan.
Incoming search terms:KES TALAK: Anda Akan Dihukum Tuhan, Kata Anak Bekas Sultanah Kepada Majlis Fatwa Negeri
Bayi 5 Bulan Mati DiRumah Pengasuh
Wanita Maut Ditembak Di Sepang, Sindiket Hantar Pembunuh
Mansuh lah cukai demi rakyat!
Kerajaan tak berkompromi dalam perihal keselamatan
Komencomments
No comments:
Post a Comment