Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Telatah nakal pegawai khidmat pelanggan Maxis yang memudahkan urusan seorang daripada pelanggannya, berkemungkinan mendapat jaminan kenaikan pangkat. Menurut pengguna Twitter, Zahier Aiman Radzwan, pegawai khidmat pelanggan bernama Firdaus, berusaha gigih menyelesaikan masalah sambungan data telefon bimbitnya. Tulisnya dalam Twitter syarikat telekomunikasi itu: "Maxis, please give (tolong bagi) bonus or naikkan gaji Firdaus ni. He provide best customer service (Dia memberikan perkhidmatan baik kepada pelanggan." Dalam beberapa siri tweet, Zahier membuat aduan mengenai masalah penyedia perkhidmatan menerusi saluran pertanyaan untuk pelanggan dalam talian syarikat pada akaun Twitter, @MaxisListens.
"Buat jam 12.12 malam. Jam 12.24 malam sudah pakai 80 peratus. Jam 12.26 malam, 100 peratus. Aku tak (tidak) pakai telefon pun," said Zahier. Beliau mengadu mendapatkan balasan yang pantas daripada Firdaus, yang sepatutnya mengendalikan akaun Twitter Maxis pada masa itu. "Sat la (tunggu sebentar) kami kena reply (jawab) tweet yang 'mai' (datang) sebelum 'ampa' (kamu). Tapi kami dapat tweet ini ja (sahaja). "Sungguh tak dapat, kami tak 'mohong' (bohong) aih. Cuba 'antaq' (hantar) lagi sekali tapi letak meksislisten itu dekat depan," kata pegawai khidmat pelanggan Maxis tersebut di laman Twitter, Maxis, dengan menggunakan dialek utara. Firdaus kemudian terus memberi panduan kepada Zahier bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu, ketika Zahier yang kecewa dengan masalah terbabit, berkata: "Baling buang phone (telefon) ni. Rugi duit betul." "Jangan la buang, sayang oi. 'Ampa' (kamu) try (cuba) off (tutup) data bagi mana-mana 'app' (aplikasi) yang jarang guna atau tak guna langsung. Off (tutup) lokasi perkhidmatan sama," balasnya. Balasan Firdaus dalam gurauan nakal menghiburkan Zahier yang kemudian berterima kasih apabila masalahnya selesai. Perbualan antara kedua mereka mendapat perhatian netizen yang turut mengakui berasa terhibur dengan cara pegawai perkhidmatan pelanggan itu berbanding kaedah komunikasi lama dengan pelanggan. @Amzar yang gembira dengan keadaan telus itu berkata: "Aiman and Maxis talk like they have known each other for ages." (Perbualan Aiman dan Maxis seperti mereka sudah kenal lama) @Sarah998 mengulas: "Haha, why is Maxis speaking in Kedah?." (Haha, kenapa Maxis bercakap dalam (dialek) Kedah?) Pada masa sama, pengguna lain @NassrolFahmi mendakwa Maxis tidak memberikan sebarang bonus kepada kakitangannya sejak lima tahun lalu. Siri perbuatan itu di`tweet' semula hampir 1,000 kali.
No comments:
Post a Comment