Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Selepas dituduh cuba mencabul penyanyi dari Indonesia, bekas pengurus Tegar, Muhammad Arif Dollah, 30, tampil mendedahkan individu sebenar yang telah melakukan gangguan seksual seperti yang di akui oleh Tegar sebelum ini kepadanya.
Bagaimanapun Arif enggan mendedahkan identiti individu berkenaan namun akan memastikan pihak tersebut tampil membuat penjelasan.
Sementara itu, Arif berkata, sejak kejadian itu dia tidak pernah berhubung dengan Tegar untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana merasakan tiada keperluan berbuat demikian.
"Tiada sebab untuk berjumpa dengannya malah ia mungkin akan menimbulkan masalah lain pula nanti.
"Biarpun begitu saya tetap mendoakan kejayaannya kerana dia adalah seorang berbakat besar dan apa yang terjadi bukan salahnya tetapi atas hasutan orang lain," jelasnya.
Bagaimanapun kata Muhammad Arif, pihakny a akan tetap meneruskan saman sivil berhubung kenyataan palsu dibuat Tegar kepada pihak polis.
Sumber: mStar
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER
No comments:
Post a Comment