Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Kemesraan serta keakraban Emma Maembong dan Kamal Adli tidak perlu diperkatakan lagi, semua orang jelas melihat mereka berdua ini cukup gembira bersama. Namun, sehingga kini mereka masih enggan meletakkan sebarang status istimewa terhadap hubungan mereka.
Walaubagaimanapun, jelas Emma beliau sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga kerana kariernya sudah semakin kukuh dan tidak mahu lagi terlibat dengan percintaan yang boleh di ibaratkan sebagai cinta monyet.
Malah, Emma tidak menolak jika takdir sudah menentukan jodoh beliau bersama Kamal.
Sejak dahulu lagi, saya sering mengatakan bahawa saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Rasa itu hadir mungkin disebabkan saya sudah mempunyai karier yang stabil dan tidak mahu berlengah-lengah dengan cinta monyet.
Jika dia (Kamal) merupakan jodoh yang telah ditentukan Tuhan, saya menerima dengan hati yang terbuka. Namun, jika sebaliknya, saya tidak akan menutup hati untuk bercinta lagi.
Pengalaman cinta yang agak menyakitkan pada masa lalu mungkin mengajar Emma Maembong untuk lebih matang dalam perhubungan dan tidak tergesa-gesa membuat keputusan. Tak apa, kalau ada jodoh tidak kemana.
Related Category : Malay 16 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: bercinta, emma dan kamal, emma maembong dan kamal adli bercinta, emma maembong terima jodoh dengan kamal adli, Emma Ma'embong, emma terima cinta kamal adli, jodoh, kamal adli PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
No comments:
Post a Comment