Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Gambar hiasan WELLINGTON - Seorang wanita warga India dikenakan denda sebanyak NZ$400 (RM1,100) atas kesalahan membawa dua botol air kencing lembu masuk ke New Zealand di dalam bagasinya. Lapor 3 News, wanita itu didenda oleh pengawal sempadan setelah gagal mengisytiharkan dua botol tersebut selepas pesawatnya mendarat di Wellington. "Anggota kami yang memeriksa bagasinya menemui dua botol air kencing lembu yang dipercayai untuk tujuan perubatan tradisional. Kesilapan ini biasa terjadi berikutan ramai yang menganggap produk haiwan bagi tujuan perubatan tradisional tidak perlu diisytiharkan. "Lazimnya orang menganggap begitu bagi barangan untuk tujuan keagamaan atau kebudayaan. Sedangkan pihak berkuasa masih perlu dimaklumkan mengenainya," kata seorang pegawai kanan, Anthony Owen. New Zealand dan juga Australia sememangnya terkenal dengan ketegasan pegawai di sempadan atau lapangan terbang yang melarang keras orang luar membawa masuk barang-barang yang tidak dibenarkan walaupun makanan jeruk atau makanan yang diberikan dalam penerbangan. - THEHYPEMEDIA.COM
No comments:
Post a Comment