Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pelakon lelaki, Johan As'ari 29 membuat perancangan ingin bernikah pada usia 32 tahun dan tidak menolak mana-mana wanita untuk dijadikan bakal isterinya.
Namun, buat masa sekarang masih dia masih dalam 'mood' persediaan dari segi mengukuhkan ekonomi dan membeli aset yang perlu sebelum bergelar suami orang.
"Saya hanya mampu berdoa mengenai soal jodoh saya. Terima dengan hati terbuka dan perkara ini tidak boleh dibuat terlalu terburu-buru.
"Jadi, buat masa sekarang saya dalam proses memperlengkapkan diri untuk mengukuhkan sumber pendapatan saya. Harap-harap semuanya berjalan lancar dan hanya berserah pada Qada dan Qadar," kata Johan kepada portal Murai.com.my.
Johan yang ditemui media di Majlis Tayangan Perdana Filem Juvana 2 baru-baru ini di Mutiara Damansara turut ditanya mengenai wanita pilihannya.
Adakah dia serik untuk bercinta atau menolak mana-mana artis untuk dijadikan pasangan hidup? Lantas dengan senyuman manis dia menjawab, itu semua takdir Allah dan amat sukar untuk dirinya untuk menolak kalau jodoh itu adalah daripada seorang selebriti.
"Saya faham, kisah cinta saya bersama selebriti mahupun artis telah kecundang sebelum ini tetapi tidak bermakna saya serik dan atau tidak mahu bercinta sesama artis.
"Siapa saya untuk menolak suratan takdir? Saya menerima dengan hati terbuka walau siapa pun jodoh saya.
"Kisah lalu akan saya jadikan pedoman bagi memperbaiki diri saya ke arah yang lebih baik," katanya mengakhiri bicara.
Oleh Mohd Ishahrulddin Tahir
Artikel Ini Disiarkan Pada Ahad, 1 Nov 2015
No comments:
Post a Comment