Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Baru-baru ini, Lana Nodin meluahkan rasa terkilan apabila pakaian perkahwinannya dipakai oleh Ayda Jebat untuk penggambaran iklan program 'Juara Perodi' selain menyifatkan baju pengantin tersebut sebagai sesuatu yang sangat istimewa.
"Perkara itu juga membuatkan saya berasa kecil hati. Kalau benar Ayda mahu menggayakan baju itu kerana menyukainya, seharusnya dia mengakui di laman sosial miliknya apabila orang mula bercakap dan menyatakan ia pakaian pengantin Lana Nodin.
"Saya tidak akan menjadikan perkara ini sebagai satu isu jika baju yang dipakai itu adalah biasa, sebaliknya pakaian itu digayakan pada hari bersejarah dalam hidup saya," ujar Lana dipetik sebagai berkata.
Bagaimanapun, Ayda enggan mengulas perkara itu dan memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu memanjangkan isu itu.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER
No comments:
Post a Comment