Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Nur Husna Yusof isteri kepada Imam Muda Asyraf Ridzuan telah selamat melahirkan anak kedua mereka pada petang semalam.
Berita gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh Asyraf menerusi akaun Instagram dengan memuat naik gambar anak keduanya.
Menerusi kapsyen yang ditulis, Asyraf juga menyampaikan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana dikurniakan seorang lagi ahli baru dalam keluarganya.
"Alhamdulillah. Dengan keberkahan hari Jumaat, 6 Nov 2015, Tepat jam 3.04pm minit lahirlah Daie, Mujahid, Murabbi Umat, Mukhlisin, Muttaqin, Musleh, Mujaddid dari Bebanan rahmat dan limpahan kasih seorang ibu bernama Nur Husna Yusof serta ayahnya IM Asyraf Ridzuan.
"Dengan beratnya 2.65kg. Semoga amanah Allah ini dapat kami kedua ibu ayah pikul dgn baik. Doakan juga anak yg baru lahir ini menjadi anak yg soleh dan menjadi penyejuk mata umat serta bakal penyambung kerja Nabi SAW. Ameen Ya Rabal Alamin," tulisnya.
Dalam pada itu, ucapan tahniah tidak putus-putus diberikan kepada Asyraf oleh pengikut IGnya yang mendoakan kesejahteraan keluarga bahagia tersebut.
Terdahulu Asyraf dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2010. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Aisy Raihan.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment