Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Ibarat rumah siap pahat berbunyi!
Itulah yang berlaku di Gegar Vaganza 2 semalam apabila Datuk Jamal Abdillah 'sound' secara depan-depan pada Nabil Ahmad gara-gara lawaknya terhadap penyanyi itu? Tegur Jamal pada Nabil: "Saya dibayar mahal-mahal oleh Astro untuk jadi juri... bukan untuk jadi bahan lawak awak".
Berikutan itu, hari ini kecoh di laman sosial mendakwa sikap serius Jamal itu telah menjadikan GV2 'spoil' sedikit berbanding Datuk Ramli MS yang sporting. Malah Jamal didakwa bersikap sombong apabila tidak mempedulikan permohonan maaf Nabil padanya.
GAMBAR YANG DIMUAT NAIK DI LAMAN SEMBANG
"Bekas penagih or even penagih, memang begitu.. tersangat sensitif. Apa saja orang cakap, kena hati2. Macam saleem, jamal, jenis cepat sentap jenis dok berasa semua orang mengata nak tuju kat dia. Macam hari tu mati2 nafi dia menyanyi senget semua orang tau dia menyanyi senget, lagi dia nak nafi," ujar seorang forume r yang hanya mahu dikenali sebagai iscol_klang.
Waahhh... panas nampaknya telinga segelintir pihak bila Jamal bersuara.
Apapun, kami tak menyebelahi mana-mana pihak kerana mungkin juga Jamal sekadar bergurau dengan Nabil. Ya lah... asyik-asyik Nabil aja yang usik orang... sekali-sekala orang usik dia pulak.
Takkan itupun nak sentap? Heh.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER
No comments:
Post a Comment