Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Kami rasa ramai yang tidak boleh lupa mengenai isu KimK yang melibatkan aktres Nur Fazura yang sehingga kini masih lagi menjadi kritikan dan bahan lawak ramai di media sosial.
Malah beliau juga dalam kenyataan terbaru kepada Harian Metro berkata, beliau tidak mahu lagi memikirkan hal tersebut dan menyifatkan ia sebagai perkara yang remeh.
Hidup saya terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen kerja tahun ini jadi saya tiada masa hendak memikirkan hal remeh-temeh begitu. Saya anggap hal itu sudah selesai dan tidak ada apa hendak diceritakan lagi. Saya tidak ambil tahu dan malas hendak komen untuk kes itu.
Buat Fazura, setiap orang mempunyai pandangan berbeza dalam isu Kimk dan mereka berhak untuk berbicara mengikut pendapat mereka.
Saya malas hendak fikirkan hal itu lagi. Biasalah masing-masing ada pendapat tersendiri dalam hal itu. Itu laman sosial dan sesiapa pun berhak untuk bercakap dan menyuarakan pandangan.
Sesiapa pun boleh bercakap apa saja. Namun, saya tahu apa yang saya buat dan fikirkan. Niat saya hanya Allah saja yang tahu dalam kes itu.
Boleh kata jiwa Fazura ini memang kental ek?Meskipun sudah teruk dikritik beliau masih lagi tenang menghadapi semuanya..Heh..
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
No comments:
Post a Comment