Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Bagi siapa yang mengikuti perkemb angan Nabil Ahmad di dalam dunia seni pastinya sudah lali dengan perangai pelawak ini yang suka mengusik dan berjenaka dengan orang lain. Malah Nabil melalui Mangga Online mengakui dia sendiri terbuka dengan sebarang gurauan yang datang kepadanya.
"Sebenarnya saya dah biasa dengan situasi di mana orang lain juga bergurau dengan saya. Saya lebih suka kalau sesetengah artis yang saya usik itu membalas balik gurauan saya, kalau diam saja, memanglah mati akal dibuatnya"
"Gurauan saya yang dibalas semula oleh Datuk Ramli MS, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Rosyam Nor sewaktu Gegar Vaganza itu saya terima sebagai satu usikan dan langsung tidak berkecil hati"
"Cuma saya takut orang lain pula berkecil hati dengan gurauan saya. Saya ini jenis open mindedterima apa saja orang nak cakap tetapi yang berasaslah. Saya tak kisah orang nak bergurau sebab ini sudah kerja saya"
"Tak kisahlah orang nak 'membahankan' saya macam menyentuh telinga atau bibir saya, sebab saya anggap itu gurauan. Kena terbukalah terima gurauan. Janganlah beria-ia sangat nak jaga standard sampai tak boleh bergurau. Manusia di dunia ini mana ada yang sempurna," katanya.
Selain itu, Nabil menjelaskan ketika ini tawaran kerja yang ditawarkan kepadanya tidak putus-putus malah kredibilitnya sebagai pengacara juga semakin terselah dan dipercayai ramai. Teruskan jadi diri sendiri, Nabil. Mahu layan kehendak semua orang, sampai bila tidak akan habis.
Incoming search terms: Berita berkaitan:Afdlin terbit rancangan bicara Islamik
Konsert Amal sasar kutip dana RM2 juta
[TAHNIAH] Nur Aisyah Zainal Selamat Berkahwin Dengan Mohd Ashrudy
Kedudukan Shila Jatuh Merudum Kerana MH370?
Berselera Dengan Lelaki Mat Salleh
Komencomments
No comments:
Post a Comment