Recent Post
Showing posts with label Tips Dan Informasi. Show all posts
Showing posts with label Tips Dan Informasi. Show all posts

Saturday, August 15, 2015

Tips Amalkan Pengisian Minyak Dalam Jumlah Liter Yang Perlu Semua Orang Tahu

Tips Amalkan Pengisian Minyak Dalam Jumlah Liter, Bukannya Ringgit..!!



Kelebihan Isi Minyak Dalam Jumlah Liter Yang Kita Tidak Tahu

Contoh:


Pergi ke kaunter, cakap nak isi 20 liter.

Lepas itu bayar RM46. Ini lebih baik daripada isi RM40, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 15.7894737 liter.

Sedangkn nozzle hanya menyukat sehingga 2 tempat perpuluhan sahaja.

Maknanya kita rugi 0.0094737 bg setiap pengisian RM 40. bayangkan, kalau setiap hari ada 1000 orang yang isi RM40, stesen minyak dah untung 9.4737 liter.

Itu kalau 1000 orang, kalau 1 hari? sebulan? itu hanya pengiraan ringkas utk pengisian RM40 sahaja. bayangkan, berapa banyak stesen minyak akan untung atas selisih kiraan jumlah liter ini.

Sebab itu st esen minyak selalu buatt program cabutan bertuah dengan pembelian minimum RM40. Mereka mahu menanam sifat mengisi minyak mengikut nilai RM, bukan ikut nilai liter.

Panduan Isi Minyak
Isi dalam liter. 1 liter bersamaan dengan rm2.30, isi lah rm23 jadi 10 liter isi rm46 jadi 20 liter isi rm69 jadi 30 liter kalau isi 35 liter darab dengan rm2.30

kalau isi guna jumlah duit, liter tu akan dibundarkan ke jumlah terdekat.
Contoh 31.777 liter. rugi sikit, tapi kalau tiap-tiap hari taukey stesen minyak yang untung.
Read more ...

Friday, August 07, 2015

Pernahkah Anda Terfikir Bagaimana Keadaanya Jika Negara Kita Muflis?

Sedang kita duduk memikirkan keadaan negara-negara miskin di dunia yang penuh dengan isu mati kebuluran, terdetik di benak, bagaimana keadaanya jika negara kita pula menjadi sebuah negara yang muflis dari segi ekonomi, politik dan juga sosial negara.



Bagaimana sesebuah negara itu boleh menjadi muflis? Dengan siapa negara berhutang? Dalam era pasca modenisasi ini, kita sering menggunakan perkataan muflis atau bankrap kerana keadaan sekeliling dunia yang serba canggih ini mempunyai nilai kebergantungan yang amat tinggi kepada wang.

Dari segi konspetual, muflis bermakna ketidakupayaan individu atau institusi untuk membayar hutang kepada pemiutang. Oleh itu, ianya merupakan kedudukan terakhir individu atau institusi yang tidak berupaya untuk membuat pembayaran. Tetapi harus diingat, ia adalah status undang-undang yang tidak berdaya membayar hutang kepada pemiutang. Muflis boleh berlaku kepada anda, saya sendiri atau syarikat yang kita sedang bekerja.

Tetapi persoalannya ialah, adakah ianya boleh berlaku kepada negara? Jawapannya ialah ya. Negara bankrap bukan sekatat teorikal semata-mata. Negara Argentina pernah berada di dalam keadaan negara bankrap pada tahun 2001 dan 3 tahun sebelumnya, Russia juga pernah berada di dalam situasi yang sama. Negara German pernah muflis sebanyak 2 kali dalam sejarah negaranya, di mana kali pertama pada tahun 1923 dan kali kedua pada tahun 1945.

Jadi, negara bankrap adalah sesuatu yang tidak mustahil. Istilah muflis amat signifikan dengan negara-negara yang sedang membangun dan mundur kerana potensi negara tersebut untuk mencapai status negara muflis amat tinggi. Keadaan muflis akan menyebabkan kita membayar semua aset yang ada kepada pemiutang. Pemiutang boleh menyatakan petisyen muflis terhadap individu atau organisasi untuk mendapatkan kembali sebahagian daripada wang milik mereka.

Inflasi Mengakibatkan Nilai Mata Wang Berkurang Perkara yang secara tradisinya kerajaan akan lakukan apabila sebuah negara tidak dapat membayar hutang ialah dengan mencetak wang dengan lebih banyak. Masalah yang akan timbul adalah berlakunya inflasi dengan menyebabkan nilai wang tersebut kian susut. Ianya pernah berlaku suatu ketika dahulu apabila Republik Weimar yang telah dihancurkan di bawah hutang semasa perang dunia pertama memutuskan untuk mencetak lebih banyak wang.

Hal tersebut menyebabkan nilai matawang tersebut jatuh. Senario yang sama boleh berlaku di negara kita dan wang yang disimpan akan semakin tidak bernilai dari semasa ke semasa. Inflasi adalah satu hakikat hidup yang tidak dapat dielak oleh setiap insan. Bandingkan sahaja nilai RM5 dahulu dengan RM5 sekarang. Inilah yang dinamakan inflasi. Negara Zimbabwe sedang mengalami hyperinfalsi yang mana 100 billion Dollar Zim hanya mampu membeli 3 biji telur ayam sahaja. Bayangkan sekiranya anda ingin membeli sedozen telur ayam. Adakah ianya memerlukan sejumlah wang 1 trillion? Sudah tentu! Hilang Kerja. Gaji Dipotong.

Cukai Melambung Kerajaan atau syarikat tidak mempunyai pendapatan yang kukuh akibat hutang syarikat atau negara yang tinggi. Oleh itu, sesetengah kakitangan atau pekerja syarikat akan kehilangan kerja bagi memastikan syarikat atau kerajaan kehilangan dana akibat daripada membayar gaji pekerja. Selain itu, bagi syarikat yang bankrap, mereka terpaksa menghentikan syarikat atau kilang mereka. Keadaan ini akan menamatkan kontrak ramai pekerja dan akan menyebabkan ramai rakyat kehilangan kerja.

 Sebagai contoh, negara Greece yang berhadapan dengan kebankrapan terpaksa menghentikan 30 ribu orang kakitangan awam mereka. Jumlah ini belum lagi termasuk jumlah pekerja daripada syarikat dan kilang swasta. Kerajaan Greece juga memotong 40 peratus daripada gaji kakitangan awam yang dikekalkan di dalam sektor awam mereka. Cukai yang dikenakan terhadap rakyat juga melambung tinggi. Hal ini bertujuan bagi pemerintah mendapatkan dana bagi membayar semula hutang dan menjana pendapatan negara semasa negara dalam keadaan muflis. Rakyat akan menanggung hutang yang tinggi daripada kesan negara muflis tersebut.

Hidup dalam keadaan merbahaya Jika negara bankrap, penduduk di negara itu akan menjadi marah, keliru dan amat kecewa akibat kehilangan sumber ekonomi, taraf hidup kian kurang serta beban cukai yang tinggi. Mereka tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap pemimpinnya yang menyebabkan keadaan negara menjadi sebegitu rupa. Ianya disusuli lagi dengan ekonomi yang ngeri dan keupayaan untuk menjaga ketenteraman awam dikurangkan oleh kerajaan. Dalam keadaan itu, rusuhan dan jenayah akan meningkat.

Sebagaimana yang berlaku di Argentina suatu masa dahulu apabila negara tersebut berhadapan dengan keadaan negara bankrap, keganasan meningkat sebanyak 142% dan anak-anak muda yang menganggur terpaksa merompak untuk mendapatkan sumber kewangan bagi meneruskan hidup.

Program yang dibiayai oleh kerajaan akan berakhir Kerajaan ialah institusi utama bagi perkhidmatan awam seperti polis, kesihatan, pendidikan, pembangunan awam, sokongan infrastruktur seperti jalan raya dan utiliti yang lain. Apabila negara dalam keadaan bankrap, mereka tidak boleh lagi meneruskan program-program ini akibat daripada kekangan dana. Hasilnya, semua program yang dibiayai oleh kerajaan sebelum ini akan berakhir.

Sepertimana negara Indonesia, program kesihatan dan pendidikan tidak lagi dibiayai oleh kerajaan. Maka, rakyat negara tersebut menikmati kemudahan kesihatan daripada pihak swasta dan memerlukan duit yang banyak untuk membiayai kos rawatan dan pendidikan. Bagi yang berkemampuan sahaja mampu untuk membayar kos persekolahan anak mereka di sekolah menengah. Hal ini menyebabkan keciciran pendidikan dalam kalangan rakyat negara tersebut. SUMBER
Read more ...

Wednesday, August 05, 2015

Senarai 7 Bandar Yang Didakwa Selamat Untuk Pelancong Wanita Solo

Senarai 7 Bandar Yang Didakwa Selamat Untuk Pelancong Wanita Solo


Kami yakin bahawa kaum hawa di negara kita ini hampir semua suka melancong, apatah lagi jika berkesempatan ke luar negara, bukan? Untuk melepaskan tekanan bekerja, melancong merupakan salah satu terapi yang berkesan untuk mendapat semula "tenaga" untuk bekerja lagi. Melancong mengisi kalendar tahunan kebanyakan daripada kita yang gemar mengembara untuk melihat kawasan dan budaya orang luar. Namun, tak ramai wanita berani menggembara ke negara luar secara sendirian. Semuanya atas faktor keselamatan sesebuah negara itu yang diragui tahap keselamatan mereka. Walau bagaimanapun, mungkin kaum hawa boleh cuba melancong secara sendirian di tujuh bandar ini yang telah diiktiraf sebagai bandar selamat untuk dikunjungi oleh para pelancong. Berikut adalah bandarr-bandar berkenaan: -Kedahnews.com
 1.  Copenhagen, Denmark
2.  Auckland, New Zealand
3.  Ottawa, Kanada
 4.  Helsinki, Finland
 5.  Perth, Australia
6.  Oslo, Norway
 7.  Hilo, Hawaii 
Read more ...

Friday, July 31, 2015

Medis Tradisional Yang Ampuh Jika Anda Digigit Lipan, Kala Jengking, Ular, atau Menginjak Paku



MEDIS TRADISIONAL YANG AMPUH (Dipersembahkan oleh Jasman Jalaluddin,SH) Apabila anda mengalami hal dibawah ini:

1. Digigit Lipan, Kala Jengking atau Ular. 2. Terinjak Besi Paku baru apalagi yang Karatan.

Maka lakukan pengobatan ini!:

1. Sediakan minyak makan satu sendok makan

2. Sediakan kain perca atau robek kain/baju sudah tidak layak pakai yang bahannya dari benang (kapas) ukuran 10x10 cm. Tidak dibolehkan memakai bahan nilon atau cotton.

3. Sediakan satu buah geretan/korek api/mancis.

4. Gulung kain perca dengan telapak tangan, kemudian celupkan satu bagian (ujungnya) kedalam minyak makan! Selanjutnya bakar bagian yang basah oleh minyak makan tadi. Biarkan beberapa detik sampai api menyala dan cambukan pelan-pelan kebagian yang digigit atau yang luka oleh besi paku! Banyak cambukan antara 8 - 10 kali, jangan lebih dari 10 kali! Karena akan menyebabkan luka bakar pada kulit yang dicambuk.

Apabila anak anda masih berumur 2-5 tahun, cukup 5 kali saja. Hilngkan rasa kasihan terhadap korban disaat anda mencambuk bagian yang luka, karena rasanya sangat sakit dan perih. Insya Allah racun/bisa yang menjalar dalam tubuh akan hilang. Selamat mencoba, semoga bermanfaat dengan berharap Allah meridhai.

Diperbolehkan menyebarluaskan kepada saudara anda yang lain dengan tidak merubah isi dan susunan yang aslinya.


Read more ...

Tips Paling Simple Untuk Menjadi Orang Kaya

Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :



1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

 2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.

3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

 4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.

 6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.

7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

 10. Jika ada peluang pergi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu. Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN. Cubalah, InshaAllah kiat akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana kita tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima? SHARE utk semua dgn harapan kita semua menjadi orang KAYA DUNIA AKHIRAT.

Nukilan Original : Wm Syamzari Credit from FB WM Syamzari
Read more ...

Wednesday, July 15, 2015

Wednesday, July 08, 2015

Cara Selesaikan Hutang Kereta Dalam Masa 4 Tahun | Tips Dan Informasi


Bagi sesiapa yang nak setlekan hutang kereta lebih cepat boleh guna cara ini.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *