Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Jika sebelum ini, penyanyi dan penyampai radio era, Nadia Haswani baru-baru ini telah menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di matanya, terkini Sheera Iskandar, 30, khabarnya baru sahaja selesai menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan (cyst) dalam rahimnya pada Selasa lalu di Hospital Pakar Damansara.
Menurut Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar, pembedahan itu terpaksa dilakukan selepas doktor mengesahkan dirinya menghidap Endometriosis iaitu sejenis ketumbuhan dalam rahim.
Sementara itu, Sheera berkata, doktor turut menasihatkan dia untuk menjaga pemakanan agar penyakit tersebut tidak berulang.
"Zaman sekarang ini, kita sering makan makanan berbentuk segera. Ayam pun disuntik. Jadi pengambilan makanan kita tidak sihat.
"Saya harap selepas ini saya dapat mengamalkan pemakanan yang lebih sihat, InsyaAllah," jelasnya.
Sumber: mStar
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER
No comments:
Post a Comment