Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Penyanyi rock, Amy Search, 58, cedera selepas terjatuh dari pentas ketika mengadakan persembahan dalam sebuah konsert baru-baru ini. Berikutan kejadian itu, Amy telah terseliuh bahu dan luka di ibu jari tangan.
Menurut Amy, ketika kejadian dia sedang menyampaikan satu daripada lagu popularnya, 'Aku Dah Bosan' dan tidak menyedari dia sudah berada di hujung pentas. Lebih membanggakan, walaupun sudah terjatuh, Amy tetap meneruskan persembahannya hingga tamat.
Amy turut memuat naik video berkenaan di akaun Instagram miliknya dan memaklumkan bahunya terseliuh.
Semoga kesihatan bapa kepada Nabila Huda ini akan beransur pulih.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER
No comments:
Post a Comment