Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Baru-baru ini, menerusi laman Instagram Datuk Aliff Syukri Kamarzaman pemilik produk kecantikan dan kesihatan D'Herbs Terlajak Laris telah meluahkan rasa marah dan kecewa selepas dirinya digelar 'Orang Kaya Bodoh'.
Menerusi gambar yang dimuatnaik orang yang tak dikenali, pautan imej tersebut membuat pembezaan 'Sembilan Melayu Terkaya Di Malaysia' dengan Datuk Aliff Syukri serta pemilik produk kecantikan Qu Puteh, Dato Seri Vida.
Imej tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan sebuah program 'Terlajak Puteh Nampak' dikendalikan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengisahkan kejayaan pemilik produk kecantikan dan kesihatan di Malaysia.
Rata-rata pengikut Datuk Aliff Syukri di Instagram mengutuk dan tidak bersetuju dengan imej tersebut serta mendoakan semoga beliau sentiasa dilindungi selain dimurahkan rezeki.
Sementara itu, Dato Seri Vida tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini di media sosial miliknya.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER
No comments:
Post a Comment