Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Sebelum ini, penyanyi Indah Ruhaila pernah dikatakan 'pengkid' gara-gara beliau tampil dengan gaya rambut pendek. Malah Indah Ruhaila Tepis Isu 'Pengkid' tersebut.
Namun, baru-baru ini di malam Anugerah Juara Lagu 30 (AJL30), Indah telah tampil dengan gaya rambut yang berwarna perang. Walaupun sebelum ini kita lihat ramai artis yang berambut perang dikritik teruk oleh netizen, tetapi bagi bekas peserta Akademi Fantasia ini, Indah menjelaskan bahawa dia ingin menukarkan penampilan baru supaya peminat tidak bosan melihatnya.
"Sebagai artis saya kena peka terhadap penampilan dan imej kerana itu juga saya warnakan rambut agar tampak segar pada tahun ini. Sampai satu tahap nanti saya akan tukar juga warna rambut itu apabila sampai masanya nanti."
Malah, Indah turut menyatakan bahawa dia tidak kisah dengan segala tohmahan yang bakal diterima atas tindakannya itu. Bagi dirinya, dia tidak mampu untuk menutup mulut orang yang mengkritiknya.
"Kalau ada yang mengecam, saya tidak kisah kerana mulut orang saya tidak boleh tutup tambahan pula dengan kepesatan teknologi hari ini, lagi sukar untuk dibendung."
"Bukan sahaja perkara buruk malah benda baik yang dibuat pun tetap akan mendapat kritikan sehingga ia sudah menjadi satu kebiasaan. Saya tahu batas saya dan saya tanggung atas tindakan sendiri."
Apapun, itu adalah keputusan dan kehendak Indah sendiri. Siapalah kita untuk mengkritik atau tentukan hak orang.
LAGI ARTIKEL MENARIK:
2,432 total views, 2,432 views today
No comments:
Post a Comment