Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
"Kalau mereka cakap sultan melaka tidak sah, suruhlah sultan lain beri anugerah kepada ayah," demikian kata Abdul Rani Kulup Abdullah mengenai tanggapan pelbagai pihak yang mendakwa bahawa penganugerahan yang diterimanya daripada 'Sultan Melaka' baru-baru ini tidak sah.
Rani atau lebih mesra dipanggil 'Ayah' (ringkasan Ayahanda khot) berkata yang beliau tidak ambil kisah dengan tanggapan tersebut.
Difahamkan, dalam majlis penganugerahan itu, Rani turut menerima sebilah keris dan sepersalinan pakaian warna kuning.
Jadi mulai sekarang, kena panggil Rani sebagai Datuk Paduka Mahkota ke? Heh.
TERKINI:
Polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat dakwaan seorang lelaki bahawa dia adalah Sultan Melaka, demikian kata Ketua Polis Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah.
Tambah beliau, polis yang bertindak atas laporan daripada pejabat Ketua Menteri Melaka, akan menjalankan siasatan di Lembah Klang untuk mencari bukti mengenai dakwaan tersebut termasuk mencari saksi atau individu yang berkaitan dengan kes itu.
"Kami juga sedang mengesan seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Me laka bagi merakamkan kenyataannya dan orang-orang yang telah menerima anugerah daripada beliau," jelasnya.
Beliau berkata kes itu akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mengaku sebagai Sultan Melaka. - MD
� � ________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER
No comments:
Post a Comment