Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Menurut Nana lagi, dia teruja dan gembira apabila melihat Rayyan begitu berselera apabila berpeluang menikmati setiap hidangan yang disediakan itu, lebih-lebih lagi apabila dia makan sampai licin pinggan.
"Nak masak untuk Rayyan sebenarnya tak susah. Dia pun tak cerewet sangat pasal makanan, apa yang saya masak dia akan makan janji ia adalah ayam.
"Selain ayam masak sambal, dia suka makan ayam masak kicap dan ayam goreng. Senang cerita kena ada ayam, biasalah budak-budakkan suka makan ayam," kata Siti Nordiana kepada portal Murai.com.my.
Dalam pada itu, Nana turut ditanya adakah dia akan masak setiap hari untuk anaknya itu. Dengan senyuman manis dia membalas, ia bergantung kepada jadual kerjanya.
"Sebelum memasuki pertandingan Gegar Vaganza, masa terluang itu memang banyak cuma sekarang ini agak terhad sedikit.
"Sesibuk mana pun, saya akan tetap akan cuba luangkan masa bersama dengan Rayyan. Kasihan dia selalu kena tinggal, apa-apa pun kebajikan Rayyan tetap saya jaga dari segi makan, pakai dan lain-lain, In Shaa Allah," akhiri Nana.
Artikel oleh Mohd Isharuddin Tahir
Artikel ini disiarkan pada Ahad, 31 Januari 2016
No comments:
Post a Comment