Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Jadi kepada yang suka makan kek dan pada masa yang sama mahu 'mengopi' bersama teman-teman atau kekasih hati, apa kata anda tinjau ke 5 lokasi cafe and kek yang boleh memenuhi citarasa anda.
Lebih layan lagi, sambil menjamu pemanis mulut anda juga boleh bersantai di café yang dihiasi dekorasi unik dan sedap mata memandang.
Berikut 5 café kek yang portal Murai rasakan menarik untuk dikunjungi di sekitar lembah kelang:
1. Sugar Rush
2. Cake Jalan Tiung
3. Wondermilk
4. Caffe Crema Coffee & Tea
Caffe Crema Coffee & Tea adalah sebuah cafe yang berkonsepkan cafe butik yang mempunyai pembuat kopi dan teh yang berpengalaman. Selain itu,Caffe Crema Coffee & Tea ini merupakan sebuah kafe yang baru dan apa yang menarik di sini adalah anda dapat merasai pengalaman minum teh bagi mereka yang tidak sukakan kopi. Harga kopi dan teh di sini bermula dari RM7.00 hingga RM 16 .00. Di Caffe Crema, mereka menyajikan teh organik wangi yang diimport dalam pelbagai perisa, bersama air panas mendidih yang disajikan dalam teko berisi daun teh di dalamnya, serta alat pemasa untuk pelanggan tahu waktu teh yang telah siap. Selain daripada minuman, cafe ini juga turut menyediakan dessert seperti kek.Waktu Operasi : Mon - Sun 8:00am - 7:00 pmLokasi : E-01-02, Block E, Plaza Mont Kiara, 2 Jalan Kiara, Mont Kiara, Kuala LumpurSumber: Sini.com
5. Les Deux Garcons Patisserie
Terletak di Jalan Telawi, anda mungkin sudah lama perasan kedai pastri ini. Terkenal dengan seni membuat manisan yang sedap-sedap belaka, macarons mereka adalah di antara manisan yang mendapat perhatian ramai pelanggan. Kerangupan cengkerang macarons dan intinya yang sungguh menawan itu menambat hati sesiapa sahaja yang makan. Kebanyakan bahan-bahan premium bagi membuat macarons berkenaan juga diimp ort khas dari Perancis dan Itali. Jadi lain kali, bila anda nak singgah di Les Deux Garcons Patisserie, pastikan anda tiba pada awal masa sebelum semua macarons telah habis dijual!Sumber: Wanista.com
Oleh: Syafiqah Jalal
Artikel ini disiarkan pada Selasa, 16 Februari 2016
No comments:
Post a Comment