Recent Post

Tuesday, February 02, 2016

Syamel Tidak Terburu-Buru Cipta Single Baru


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Naib Juara Akademi Fantasia 2015 Syamel, akui tidak terlalu terburu-buru untuk mencipta lagu terbaru selepas kemunculan single pertamanya iaitu Hidup Dalam Mati berjaya mencuri perhatian peminat muzik tanah air.

Dia membuat keputusan sebegitu kerana lagu Hidup Dalam Mati, masih lagi disukai ramai serta masih menjadi siulan pendengar.

"Niat untuk cipta lagu baru memang ada tapi saya tidak mahu buat cepat sangat. Sebab lagu yang ada sekarang ini masih lagi digemari ramai.

"Apabila lagu Hidup Dalam Mati semakin kurang mendapat perhatian barulah saya akan cipta lagu baru mengikut kesesuaian semasa," kata Syamel yang ditemui media di Majlis Pengumuman Top 5 Anugerah MeleTOP 2016 (AME2016) baru-baru ini.

Dalam pada itu, Syamel turut ditanya apa jenis genre lagu yang bermain difikirannya untuk dia cipta di masa akan datang.

Lantas Syamel menjawab, masih belum terfikir lagi dan mungkin dia ingin bekerjasama dengan komposer lain untuk hasilkan lagu yang sedap.< /p>

"Tak tahu nak cakap macam mana, sebab belum terfikir lagi. Kalau diberi peluang, saya mahu sangat bekerjasama dengan komposer lain seperti Omar K, Ajai dan Hang Nadim. Lagipun saya meminati karya-karya mereka.

"Apa-apa pun saya sangat bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh pendengar terhadap lagu Hidup Dalam Mati. Ia sangat luar biasa.

Menyentuh mengenai AME2016, Syamel tercalon dalam 3 kategori iaitu Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTOP dan Artis Baharu MeleTOP. Syamel antara satu-satunya pendatang baru yang tercalon dalam banyak kategori.

"Alhamdulilah, saya terharu dengan pengundi yang mengundi saya sehingga tercalon TOP 5 dalam AME2016.

"Saya nak ucap terima kasih banyak-banyak, walaupun masih baru dalam industri hiburan ini, tercalon dengan nama-nama besar buat saya rasa gementar.

"Jadi, saya harap sokongan seperti ini akan terus kekal dan sokongan peminat adalah penanda aras kejayaan seseorang artis kita," akhiri Syamel.

Oleh Mo hd Isharulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Selasa, 2 Feb 2016




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *