Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Diam tak diam rupanya puteri kesayangan Erra Fazira dan Engku Emran iaitu Engku Aleesya telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-7 baru-baru ini.
Dalam satu majlis bertemakan 'Pyjama Party', Erra dan anak kesayangannya itu kelihatan comel sekali apabila mengenakan baju tidur sedondon.
"Sayang mom, I may not able to carry you in my arms anymore but I will always carry you in my heart.. Moga Aleesya menjadi anak yang solehah dan sentiasa dalam lindungan dan keberkatan Allah..
"Berjaya hendaknya dunia dan akhirat mu anakku.. dan mom sentiasa doakan Aleesya bahagia zahir batin dunia akhirat.. Sayang Allah selalu.. Amin. Selamat ulangtahun sayang mom Aleesya!!!" ujar Erra di laman IGnya.
"Happy Birthday Boss," ucap Emran pula buat anaknya.
________________________
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment