Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Gara-gara menang besar dalam Anugerah MeleTOP Era 2016 dengan menewaskan artis popular negara, Aida Jebat teruk dikecam kerana didakwa tidak berbakat tetapi menang percuma disebabkan menjadi duta Aurawhite.
Sehubungan itu, Ayda menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan tidak relevan langsung.
Mengenai dia kemungkinan akan meletakkan harga tinggi selepas menang ini, Ayda menafikan dia akan bersikap seperti itu.
"Saya tidak pernah meletakkan harga 'mahal'. Saya bekerja dalam bidang nyanyian dan lakonan kerana mempunyai minat yang mendalam terhadap industri hiburan.
"Selain itu, saya harus memastikan yang kualiti kerja yang saya berikan setiap kali muncul dengan produk baru dapat memuaskan hati barisan peminat saya. Saya s angat sayangkan mereka kerana peminat adalah nadi kekuatan saya," tambahnya.
________________________
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment