Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
"Cinta saya dengan Elly tidak akan berubah sampai bila-bila. Cuma masalahnya jodoh kami tidak panjang. Kenyataan itu harus diterima," demikian kata Azmi Hatta yang mengakui beliau masih sayang dan cintakan bekas isterinya, Elly Mazlein meskipun sudah bercerai.
Kata Azmi, dia tidak akan pernah mendedahkan punca penceraian beliau dan Elly meskipun diasak dengan pelbagai persoalan kerana dia percaya setiap yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri.
Untuk makluman, Azmi dan Elly mendirikan rumah tangga pada 19 November 2014 di Surau As-Sakinah, Puchong, Selangor sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang dilahirkan pada 9 Mac lalu.
Ini adalah perkahwinan kali kedua buat Azmi. Perkahwinan pertamanya beliau dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Azim dan Aqif.
________________________
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment