Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pelakon yang sedang hangat bercinta dengan Baim Wong, Elfira Loy telah menyambut hari lahir yang ke-22 semalam. Bukan itu sahaja, semalam juga genap setahun Elfira memakai hijab.
Artikel Berkaitan: Luahan Sebenar Perasaan Elfira Loy Terhadap Baim Wong
Elfira mula berhijab ketika sambutan hari ulang tahun yang ke-21 dan kini dia dikatakan sedang menjalankan perniagaan secara alam maya. Dalam kesibukan berlakon dan juga menamatkan pengajian dalam bidang seni hiburan di Kolej Damansara Utama, Elfira sempat melancarkan kempen #EL8March bagi memperkenalkan jenama pakaian 'ready to wear' termasuk skaf di bawah label El by Elfira Loy, semalam.
Malah, pelancaran tersebut telah dijalankan semalam di laman sesawang el-elfiraloy.com. Malah, apa yang mengembirakan dirinya apabila #EL8March turut menjadi trending pada kedudukan pertama di laman Twitter.
"Koleksi yang diperkenalkan khusus untuk wanita bersaiz 'petite' seperti saya. Jadi, apa yang akan dijual lebih kepada saiz dan gaya saya."
"Pendek kata, jenama ini mewakili diri saya. Saya cukup optimis dengan perniagaan ini."
"Untuk bersaing dengan jenama yang sedia ada, ia amat sukar. Namun, jika kita menjual apa yang diminati selain memenuhi keperluan ramai, insya-Allah semuanya akan lancar," katanya kepada BH Online.
Terdahulu, Elfira pernah menjalankan perniagaan skaf, kameja T dan juga sarung telefon. Malah, dia juga membuka kafe, Lovemesevendays di Alam Damai, Cheras.
Apapun, semoga perniagaan Elfira berkembang maju. Bukan senang nak lihat orang mudah sekarang ini ceburi bidang perniagaan.
LAGI ARTIKEL MENARIK:
No comments:
Post a Comment