Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Siapa sangka dalam diam-diam salah seorang ahli kumpulan Azhael iaitu Azhar atau nama sebenarnya Mohd Azhar Bin Osman mengakui bahawa dia pernah bercinta dengan seorang penyanyi yang sedang meningkat naik dengan lagu Hati-Hati, Amira Othman.
Malah, single terbaru kumpulan Azhael yang bertajuk Mencinta juga ada kaitan dengan kisah percintaan mereka. Menurut Azhar, mereka pernah bercinta dua tahun lepas namum pihak media tidak mengetahui perkara ini.
Walaupun, mereka sudah memutuskan hubungan cinta namun Azhar dan Amira masih lagi berkawan baik. Malah, mereka sentiasa berhubung antara satu sama yang lain.
"Saya dan Amira masih berkomunikasi seperti biasa. Kami selalu bertanya khabar. Dia juga tahu lagu baharu ini ada sangkut-paut dengan hubungan cinta kami. Amira juga suka lagu ini dan mengucapkan tahniah dengan sambutan memberangsangkan daripada peminat."
Azhar juga mengakui bahawa dia tidak menolak jodoh dengan Amira. Tetapi buat masa sekarang Azhar tidak terfikir untuk sambung kembali percintaan mereka.
"Ini kerana kami sibuk dengan kerjaya seni masing-masing. Kalau ada jodoh, saya tidak tolak."
Berkenaan single terbaru kumpulan Azhael, Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi yang merupakan salah seorang ahli kumpulan itu mengakui teruja apabila single duo mereka membuahkan hasil.
"Sebenarnya, peminat sudah lama meminta lagu balada daripada kami. Single Mencinta ibarat hadiah kepada peminat."
"Kami sebenarnya agak risau untuk tampil dengan genre berbeza. Namun, Azhael menyahut cabaran ini bagi membuktikan vokal kami tidak terbatas pada sejenis muzik saja," kata Hael.
Apapun, semoga single terbaru Azhael ini mendapat penerimaan yang baik dari peminat tempatan.
LAGI ARTIKEL MENARIK:
No comments:
Post a Comment