Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Menerusi laman Instagram isteri kepada Shuib Sepahtu, Siti Sarah Raissuddin, dia telah memuatnaik gambar screenshot komen dua orang pengguna IG yang mengkutuknya buruk dan bercerita panjang mengenai pengalamannya ketika dihina dan dikutuk lebih-lebih lagi hidungnya sejak kecil lagi sehinggalah ke hari ini.
"Saya teringin sangat nak tau, sebagai manusia biasa, apakah yang akan anda lakukan sekiranya orang mengutuk dan meghina pada rupa anda?
"Nasib baik ada kawan @yatie_zul n @azucarmoreena die orang cakap, kau ala-ala black, pernah terlintas d hati (aku nak pergi buat hidong) supaya orang dah tak boleh cakap lagi..
Tapi pikir-pikir balik, orang ta k kan berhenti bercakap, cantik macam mana pon orang tetap akan kutuk, bila dah kawin bersalin lagi orang kutuk gile-gile gemok, hidong besa, macam-macam lagi..
"Ini bahagian cerita saya yang sebenarnya, banyak lagi tapi panjang sangat kalau saya nak tulis hahahah.. Saya tak penah bercakap pon pasal bende ni.. Cuma kadang-kadang terkesan jugak tapi saya akan pikir macam ni (AKu ada 3 orang anak yang menganggap aku perempuan paling cantik dalam dunia hahahah dan aku ada suami maharajalawak hahahah memang bahagia hidup aku....) sekian," cerita Sarah mengenai kisah hidupnya.
________________________
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment