Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen MPB Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah berkata beliau mengambil maklum kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengenai kesanggupan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan debat berkenaan.
"Saya ingin menyatakan bahawa Rangkaian Televisyen MPB juga bersedia menyiarkan debat tersebut secara langsung di TV3, seperti yang disarankan oleh YAB Lim Guan Eng, pada tarikh dan masa yang dipersetujui oleh YAB Lim Guan Eng dan YB Datuk Abdul Rahman Dahlan," katanya dalam kenyataan.
Pada Jumaat, Salleh berkata RTM bersedia menyiarkan secara langsung debat anatra Abdul Rahman dan Lim.
Sebelum ini, BN mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP telah menjual tanah Taman Manggis yang diperuntukkan bagi membina rumah mampu milik.
Abdul Rahman kini berada di luar negara atas lawatan rasmi dan hanya akan pulang pada 15 April ini.-10/4/2016
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
No comments:
Post a Comment