Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
16/06/2016 12:43pm
MELAKA - Jenazah Atase Pertahanan di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Brig. Jen. Datuk Jalaludin Md. Yusof yang diterbangkan khas dengan pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Jakarta, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), di sini tepat jam 11.27 pagi tadi.
Pesawat yang membawa jenazah turut dinaiki isteri Allahyarham, Datin Sadaah Mohamad serta beberapa pegawai kanan tentera.
Ketibaan jenazah Allahyarham disambut ahli keluarga dan sahabat rapat yang berada di lapangan terbang.
Turut hadir memberi penghormatan, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din; Asisten Ketua Staf Sumber Manusia dari Kementerian Pertahanan, Mejar Jeneral Datuk Suhaimi Mohd. Zuki dan Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Hasagaya Abdullah.
Allahyarham Jalaludin, 57, dilaporkan rebah ketika berjalan keluar dari dewan utama di kedutaan negara selepas majlis berbuka puasa anjuran kedutaan itu, lewat petang semalam.
Jenazah akan disolatkan di Masjid As Syuhada Kem Terendak, sebelum dijangka dikebumikan petang ini di kampung halamannya di tanah perkuburan Pusara Abadi Sungai Udang di sini. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment