Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
11/07/2016 10:16am
Keadaan trafik di Plaza Tol Sungai Besi pagi ini lancar tanpa sebarang kesesakan
KUALA LUMPUR - Aliran trafik di semua lebuh raya utama negara bergerak lancar dan terkawal setakat 9 pagi ini.
Jurucakap Plus Malaysia Berhad ketika dihubungi Bernama berkata, aliran trafik menuju ke ibu negara dan tempat-tempat lain turut lancar.
"Namun trafik sesak dari Bukit Beruntung menuju ke arah Sungai Buaya berikutan terdapat pertambahan kenderaan," katanya.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di lebuh raya utama lain termasuk Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 juga lancar di kedua-dua arah.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama
No comments:
Post a Comment