Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
29/07/2016 10:22pm
KUCHING - Sarawak gagal memanfaatkan peluang beraksi di hadapan penyokong sendiri apabila tewas 0-2 kepada T-team dalam aksi ketiga kempen Piala Malaysia musim ini.
Biarpun tampil dengan aksi cemerlang namun beberapa peluang keemasan yang terhidang sepanjang 90 minit perlawanan gagal mendapatkan sebarang gol.
Sebaliknya, corak permainan berhati-hati T-team berjaya menghadiahkan tiga mata sekali gus mengubah kedudukan semasa mereka dalam Kumpulan A.
Patrick Dos Santos Cruz muncul wira T-team apabila dua golnya pada minit ke-69 dan 90 memastikan dia membawa pasukannya melonjak ke tangga kedua kumpulan dengan enam mata. - K ONLINE!
No comments:
Post a Comment