Recent Post

Thursday, August 18, 2016

'Turun padang dengar keluhan pemandu teksi'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Walaupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) mengumumkan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) bagi menambahbaik industri teksi, namun terdapat pemandu teksi yang masih tidak 'jelas' tentang perkara tersebut.

Malah, mereka turut melahirkan rasa kecewa kerana tiada pegawai atau penguatkuasa SPAD yang turun padang berjumpa pemandu teksi untuk memberi penjelasan berhubung inisiatif berkenaan serta mendengar rintihan mereka.

Bagi Meor Amin Shaari, 42, beliau berkata program seumpama TITP sebelum ini pernah dilakukan oleh kerajaan.

Namun, katanya, perkara itu tidak memberi apa-apa kesan terhadap industri teksi di negara ini.

"Transformasi hari ini ialah benda yang sama dan ia berulang seperti enam tahun lepas. Bermakna ini adalah untuk kali kedua. Contohnya nak beri permit RM5,000 pendahuluan sebab ikut pada kemampuan dan kelayakan, berapa ramai yang layak? Kami semua ramai yang tua-tua. Jadi benda itu berulang," kata Meor yang telah memandu teksi selama 15 tahun kepada Malaysiakini.

Meor turut melahirkan rasa kesal apabila pemandu teksi tidak diberi surat perkeliling berhubung taklimat TITP Selasa lalu di Sime Darby Convention Center, Bukit Kiara oleh SPAD.

Sehubungan itu, Meor merayu kepada pihak SPAD untuk turun padang dan mendengar keluhan pemandu teksi sebelum memutuskan sebarang keputusan.

"Tak ada surat pekeliling yang dikeluarkan pada pemandu. Kami hanya tahu (taklimat TITP) melalui WhatsApp, mesej berantai. Rasmi ke macam itu? Jawatan kamu profesional tau, benda yang kamu buat ini tidak rasmi, tidak profesional.

"Pandanglah kami, turunlah dengar apa kami nak cakap. Jangan fikir apa kamu cakap.... Berdepanlah dengan kami," katanya.

Saad Ramli pula berkata, beliau tidak tahu tentang 11 inisiatif yang dicadangkan SPAD kepada industri teksi tanah air.

Menurutnya, maklumat mengenai perkara itu tidak sampai kepada pemandu teksi sepertinya.

"Saya tak tahu, saya tak dengar (tentang 11 inisiatif), Saya pun tak tahu mengenai benda ini, maklumat mana ada sampai," kata Saad, 65, yang sudah 10 tahun menjadi pemandu teksi.

Abu Bakar Mat, 62, pula berkata, beliau tidak mempunyai maklumat yang mendalam tentang program yang telah mendapat kelulusan Kabinet itu.

Malah beliau juga mendakwa tiada penguatkuasa daripada SPAD yang berjumpa dengan mereka untuk memberi penjelasan tentang 11 transformasi berkenaan.

"Kami tak dapat lengkap (maklumat) tentang transformasi dan tak tahu. Tak ada penguasa yang faham sangat (dengan transformasi).

"SPAD gagal sebagai penguatkuasa, dia kata ada pemandu teksi seperti samseng. Kalau samseng, dia sebagai penguatkuasa bermakna dia tak jalankan tugas. Bukan semua pemandu itu teruk," katanya yang telah menjadi pemandu teksi selama 25 tahun.

Sementara itu, seorang lagi pemandu Rahim Mansor, 59, berkata, keadaan ekonomi warga pemandu teksi kini 'teruk' akibat kos sara hidup serta ketiadaan pelanggan ekoran perkhidmatan Uber dan Grabcar.

Justeru beliau berharap agar kerajaan tidak menindas pemandu teksi yang juga merupakan sebahagian rakyat di negara ini.

"Kalau ikut pemandu teksi, pendapatan mereka kini bukan saja teruk, tapi sakit. Kalau sebelum ini ada yang dapat pendapatan RM2,000, tapi sekarang kadang-kadang tak sampai RM500 dan RM1,000. Ia didakwa berpunca daripada Uber dan Grabcar," katanya yang telah 25 tahun menadi pemandu teksi.

Selasa lalu, SPAD mengadakan sesi taklimat bersama pemandu teksi berhubung 'penambahbaikan' teksi yang dicadangkan SPAD.

Bagaimanapun, selepas taklimat dan pembentangan TITP selama kira-kira dua jam, persatuan teksi masih lagi tidak berpuas hati dengan 11 inisiatif yang dikemukakan kerajaan.

Ini kerana kebimbangan pemandu teksi ialah transformasi berkenaan dikhuatiri akan 'membunuh' industri teksi tanah air.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *