Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Penyerang Belgium itu berjaya mencuri bola sejurus sepak mula perlawanan kemudian terus menyumbat gol seawal saat ke 8 perlawanan.
Dalam perlawanan tersebut, Belgium menang 6-0..Gol lain perlawanan disumbangkan oleh Benteke (43' minit, 56' minit), Witsel (19' minit), Mertens (51' minit) dan Hazard (79' minit)
UEFA berkata, gol tersebut adalah 0.2 saat lebih pantas dari rekod sebelumnya yang dipegang oleh Davide Gualtieri dari San Marino dalam perlawanan menentang England pada kelayakan Piala Dunia 1993.
"Apa yang paling penting adalah gol awal", kata Benteka.
The Guardian melaporkan, Benteka pada mulanya menyangka dia menjaringkan gol seawal saat ke 6 apabila dia meraikan gol tersebut dengan menunjukkan enam jari. - Siakapkeli.my
No comments:
Post a Comment