Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Dalam satu video yang dimuatnaik oleh Freedom Flotilla Coalition memaparkan Dr Fauziah menggesa dan merayu agak pemimpin dunia, kerajaan, rakyat Malaysia dan mereka yang cintakan keamanan supaya melakukan sesuatu untuk membebaskan mereka ini yang ditahan secara tidak sah oleh Israel.
Di dalam video mesej SOS berdurasi 1.03 minit itu, beliau menyatakan penghargaan kepada semua ouhak yang menyokong misi mereka serta kepada mereka yang mendoakan keselamatan mereka dalam menjalankan misi berkenaan.
Selain Dr Fauziah, kesemua 13 aktivis lain turut merakam video sepertinya pemenang Hadiah Nobel 1976, Mairead Maguire dari Ireland dan Ahli Parlimen dari New Zealand, Marama Davidson yang merupakan seorang pengarah dan penulis skrip Amerika Syarikat, Naomi Wallace yang merupakan atlet dan ahli akademik dari Norway, Gerd Von Der Lippe, serta jurulatih dan atlet Turki, Cigdem Topçuoglo.
Tujuan video berkenaan adalah untuk menggesa kerajaan negara masing-masing dan masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Israel bagi membebaskan mereka yang "ditahan secara tidak sah" atau "diculik" di perairan antarabangsa.Kapal layar Zaytouna-Olivia berserta 13 aktivis termasuk 3 krew kapal telah ditawan oleh tentera Israel kira-kira 8.58 malam pada Rabu.
Mereka yang berlepas dari Barcelona 21 hari lalu merupakan wanita dari pelbagai latar belakang daripada 12 negara dengan membawa misi pelayaran kemanusiaan dan mesej keamanan sebagai simbolik penentangan masyarakat antarabangsa, khususnya wanita, ke atas kepungan haram rejim Israel ke atas Gaza sejak 2007. - Siakapkeli.my
No comments:
Post a Comment