Recent Post
Showing posts with label Al Kisah. Show all posts
Showing posts with label Al Kisah. Show all posts

Wednesday, September 23, 2015

Ini Wajah Gadis Korea Utara Yang Belum Dicemari Dengan Pembedahan Plastik

Banyak bintang KPOP mempunyai wajah yang cantik dan hensem. Masalahnya hampir kesemua bintang KPOP menjalani prosedur pembedahan plastik bagi mendapatkan wajah yang lebih cantik dari yang diberikan oleh tuhan. Situasi di Korea Selatan terlalu kronik sehingga wajah penduduk negara Kimchi ini hampir kelihatan sama. Tempat untuk melihat wajah warga Korea yang asli kini hanyalah di Korea Utara Darul Kim Jong Un. Di negara komunis tegar ini wajah masih belum dicemari pembedahan plastik dan solekan muka yang melampau. 

 
Read more ...

Sunday, September 20, 2015

Senarai Gambar Wanita Melayu Yang Pernah Masuk Laman Web Lucah . Sangat Memalukan



PERHATIAN !! Kepada gadis atau wanita diluar sana wajib baca artikel ini dan lihat gambar didalamnya. Tahukan anda bahawa gambar-gambar anda yang dimuat naik di laman sosial sama ada di Facebook, Twitter, Whatapps, Wechat dan pelbagai lagi laman sosial sebenarnya banyak dicuri oleh individu tertentu dengan mewujudkan laman Facebook lucah dan gambar dijadikan perbualan lelaki-lelaki hidung belang?

Jadi jangan terkejut jika anda masuk ke page-page ini dan mendapati gambar anda dicuri dan dipaparkan sebagai "modal" lelaki gila seks.

Memang anda merasakan bahawa anda pakai tutup cukup dan bertudung litup, tetapi inilah yang dinamakan internet dimana terdapat baik dan buruknya.



Individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini akan "copy" gambar anda sesuka hati dan akan di poskan di wall page milik mereka. Gambar anda akan menjadi tontonan ramai dan juga perbincangan lelaki hidung belang dengan perbincangan-perbincangan yang menghairahkan.

Adakah anda suka? adakah anda peduli? jika anda peduli apa tindakan anda? adakah anda baru menyesal apabila perkara ini terjadi dimana gambar anda digunakan page-page seperti ini? sedarkah anda gambar yang anda muat naik itu banyak sebenarnya menaikkan nafsu orang lain? tahukah anda gambar anda sebenarnya boleh di copy dengan senang hanya dengan "right click" dan "save image"? dan tahukan anda gambar yang dimuat naik oleh anda membuatkan dosa anda bertambang setiap minit, setiap saat?.

Mungkin anda tidak percaya? kami kongsikan lagi kepada anda gambar-gambar lain.
**Gambar yang dikongsi tiada niat untuk memalukan sesiapa, sebagai peringatan dan gambar ini hanya sebahagian kecil yang dicuri oleh mereka ini**



Gambar anda tidak ada dalam gambar di atas? jangan rasa lega kerana ADA BERIBU-RIBU lagi gambar yang dicuri dan telah dimuat naik oleh page-page seperti ini. Admin memang tidak sempat la nak "Print Screen" semua.

Jadi kepada pembaca wanita berwaspadalah dan berhati-hatilah jika berkongsi gambar di Facebook kerana apa yang anda lakukan sebenarnya mendapat perhatian orang yang anda tidak ketahui. Mereka boleh memuat turun gambar anda dengan sesuka hati.

Ingat lagikah anda pernah terjadi tidak lama dahulu dimana seorang gadis telah disihir dengan menggunakan gambar di Facebook?



Keratan Kosmo! 12 Sepember 2011 Macam-macam boleh dilakukan oleh mereka apabila mendapat gambar anda. Ada juga pernah dilaporkan sebelum ini dimana gambar muka seorang wanita telah di "superimpose" dan digantikan dengan perempuan bogel dimana wanita itu seolah-olah sedang berbogel dan disebarkan menyebabkan beliau telah menanggung malu yang besar.

Video di atas adalah penjelasan ilmuan Islam iaitu dari pendakwah terkenal Ustad Azhar Idrus tentang bahaya dan apa yang boleh sekiranya ingin memuat naik juga anda di laman sosial.
Nasihat admin sendiri, anda nak muat naik gambar anda tidak salah tapi eloklah di private"kan dan tidak boleh di "copy" dan dibesarkan apabila ditekan untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti ini berlaku.

Tujuan kami membuat pendedahan ini bukan untuk menakut-nakutkan anda tetapi untuk peringatan kepada anda semua tentang bahayanya berkongsi gambar aksi-aksi comel anda di laman sosial.
Jika hendak muat naik jaga-jaga hal aurat dengan jangan suka menonjolkan aset itu sangat yang sudah semestinya akan menarik perhatian mereka dan tidak mustahil "Maybe You're Next".




Read more ...

Friday, August 07, 2015

Elak Terjerat! Kenalpasti Lelaki Sudah Beristeri

Bukanlah suatu perkara baru kita terbaca atau terdengar tentang gadis bercinta dengan suami orang. Ramai gadis terperangkap dengan lakonan lelaki "hidung belang" yang pandai "mengayat" disamping lakonan gred A yang cukup mantap, dan akhirnya si gadis terjerat dalam cinta gelap.


Namun bila status lelaki itu mula terbongkar, mungkin sudah terlambat kerana sudah terlanjur mencintainya. Hinggakan ada gadis yang sanggup menjadi madu atau menjadi "kekasih gelap", adakah ini kesudahan yang anda inginkan? Pasti jawapannya tidak kerana anda sentiasa mempunyai peluang untuk memilih pasangan hidup anda. Jadi sebelum terjebak bercinta dengan suami orang, mari kenali ciri-ciri lelaki yang mungkin sudah beristeri :



#1. Panggilan telefon. Lelaki yang sudah berkahwin biasanya akan menetapkan waktu berhubung atau hanya dia sahaja yang boleh menghubungi anda atas alasan yang langsung tidak masuk akal. Bila bersama dan si dia menerima panggilan telefon, dia akan bangun dan menjawab panggilan itu jauh dari anda. Jadi awas jika anda ada mengenali lelaki seperti ini, pasti ada sesuatu yang cuba disorokkan.

 #2. Sentiasa gelisah bila bersama di tempat awam. Jika si dia sentiasa gelisah dan tidak senang duduk bersama anda ketika berjalan-jalan ditempat-tempat terbuka, ini mungkin mengundang seribu persoalan. Lelaki perahsia ini juga biasanya suka mengelak ke tempat  terbuka dan lebih gemar mengajak anda "date" ditempat tersorok, mungkin bimbang terjumpa orang yang dikenali?

#3. Hari hujung minggu bukan milik anda. Bagi pasangan normal, hujung minggu adalah waktu tepat untuk menghabiskan masa bersama-sama. Namun, lelaki yang berkeluarga tidak mungkin menghabiskan hari minggunya bersama anda. Si dia akan cuba mengelak keluar bersama anda dan pelbagai alasan akan diberikan.

#4. Elak bercerita tentang perkahwinan. Suami orang biasanya tidak berminat bila ditanya soalan serius tentang masa depan, bila nak kahwin dan segala yang berkaitan. Kebiasaannya si dia akan sedaya upaya mengelak dan mengubah topik bila ditanya soalan cepumas itu.

 #5. Percaya "instinct atau naluri". Diawal perkenalan anda, pasti ada rasa sedikit curiga kerana masih lagi dalam proses mengenali antara satu sama lain. Tetapi jika lama kelamaan perasaan curiga itu makin menjadi-jadi, anda perlu tanya naluri atau kata hati anda. Jika naluri anda kuat merasakan yang si dia pasti berbohong, maka anda perlu segera menyiasat siapakah si dia sebenarnya. Buat si gadis yang sedang bercinta, jika pasangan anda  tergolong dalam ciri-ciri diatas, maka segeralah minta si dia berterus terang.

Jangan buang masa kerana lelaki hidung belang ini hanya ingin bercinta namun bukan ingin memiliki anda. Jika ada yang benar-benar ingin memiliki, kenapa perlu berbohong dengan anda? Kenapa tidak berterus terang? Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua dan jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan supaya lebih berhati-hati memilih pasangan.
Read more ...

Thursday, August 06, 2015

Kisah Kedai Makan Makcik Mulut Puaka & Mahal Di Pantai Klebang, Melaka

Luahan Pengguna Facebook, Alfonso de Lorenzo:



 Kedai makan paling cilaka... di dunia... tauke dia makcik si mulut puaka... dah la bayar mahal... sambal sesudu pon nak charge sampai 2 ringgit... pastu cakap kene bayar juga lepas ambil lauk.. takut awak lari tak bayar..pastu anak dia lelaki lembik cakap mak kire meja tu.. takut dia orang lari... dengan tak puas hati.. aku dan isteri aku.. terus naik angin la... dia plak melawan balik.. terus jadi pergaduhan la... dengan amarah saya terus maki dia.. lauk dan pingan saya campak je depan kedai dia... orang ramai jadi saksi.. terus bangun, ada yang tak jadi makan situ... makcik tu memang kurang ajar... lokasi pantai kelebang melaka.. Ini pula luahan Pengguna Facebook, Maznah Rahmat pada 21 Julai lalu yang turut tidak berpuas hati dengan kedai makan tersebut. Baca lagi:


Tokey kedai ni sombong betul. Alkisah aku berhenti makan kat satu gerai di medan selera KLEBANG, MELAKA semalam. Kedai makan yg aku singgah tu tak de air batu jadi aku minta izin nak oder air kedai lain.aku pon oder la kat kedai no.7 ni. pekerja dia buatkan air hantar 1 jug air sirap kat tempat aku makan.  Oleh kerana air batunya sikit sangat.. aku suh anak aku p kedai tadi tambahkan air batu.. sebab dia caj rm10 1 jug untuk air sirap... tiba-tiba anak aku datang balik tanpa jug air tu.

Aku tanya mana jug air? Dia kata towkey kedai marah dia. Ehh aku pon nak p tanya la apa pasal...anak aku nak minum air kan kenapa lak tak dibaginya air tuu... bila aku tanya... tokey kedai dan anak dia maki aku kaw-kaw depan customer. dorang kata makan meja mana... aku terpinga-pinga lahh of course tak tau apa sebenarnya yang dia marah... Aku tanya lagi.. apa pasal ni.. apa yang salah nya... aku bayar kan... apa pasal nak marah. rupanya tokey kedai no.7 ni tak suke orang oder air dia tapi makan meja lain... Aku pon naik hantu le sbb anak aku nak minum ni dia tak bagi. Dah la caj rm10 untuk 1 jug air sirap.. abis dia rampas air tu separuh jug lagik dia tak bagi aku abiskan.. dia amik rm10.. mana hak aku sebagai pembeli..

 Dia maki plak aku depan orang lain tanpa kesalahan yang aku sendiri tak tau apa salah puncanya.... mana etika dia sebagai peniaga...??? Aku bagi tau laki aku. dia datang jumpa makcik tu dan anak dia..laki aku tanya baik-baik anak dia pondan tua nak mamposs tuu tepekik-pekik makikan laki aku.. kuang ajau betul. Laki aku kata nak bagitau usop soroj... Makcik tu jawab dengan sombongnya.. SAPA USOP SOROJ TU...?? AKU TAK TAKUT DGN DIA..DIA SAPA?? AGONG KEE??? Ewahhhhh!!!!

Betul-betul makcik tu belagak mcm rezeki dia.. dia yang tentukan.. ko bayangkan keringnya ati dia amik duit rm10 tp aku tak dapat barang seperti hasil yang aku kene bayar..dia rampas air tu..aku merayu dia bgi air tu anak aku nak minum dia halau aku kuar dari kedai dia..... depan customer laintauu takk dia tjerit-jerit mcm aku ni salah beso.... Itu aku tak puas ati.. aku maki dia balikkk aku kata cakap baik-baik ar..jangan maki orang tak tentu hala.. dia hengat anak tekak dia je.. dia tak tau anak tekak aku macam nee... Eeee kedai dah la kotor... makanan terdedah tanpa penutup.. lalat hinggap makanan dia jual kat orang... Ehh mana pergi penguatkuasa.. kenapa tak datang pantau dia nii... tak patot dapat lesen meniaga macam ni punya etika..buat malu melaka je kalau orang luar datang dia maki hamun... busuÄ·k nama orang melaka... Itu pon tokey kedai tempat aku makan kata sebelum aku kena marah.. ada sorang customer dah kene maki sebab customer tu komplen makcik tu bagi nasi berkerak..makcik tu kata apa...

 TAKKAN MAMPOS KO MAKAN NASIK KERAK NIIIII!!! Korang tengok betapa kurang ajar nya peniaga kedai no.7 ni dengan customerr... POST NI FOKUS PADA NO.KEDAI. Dalam gambar ni ada beberapa pelanggan dan pekerja kedai MAKCIK TUDUNG UNGU DALAM GAMBAR TU BUKAN TOKEY KEDAI NI. 
Read more ...

Monday, August 03, 2015

Terhantar Gambar Lucah Di Forum Line, Wartawan Dipecat



SEORANG wartawan televisyen Jepun di Thailand dipecat selepas tersilap menghantar mesej lucah di sebuah forum dalam aplikasi mesej Line.

Apa yang 'mengharukan', forum tersebut dibentuk oleh Kementerian Luar Negeri Thailand khusus untuk para wartawan asing yang bekerja di negara tersebut.

"Kami meminta maaf kepada Kementerian Luar Negeri Thailand dan kesemua yang terlibat," ujar jurucakap Asahi selepas syarikat tersebut diminta memberikan penjelasan terhadap gambar yang dimuatnaik oleh wartawan penyiaran mereka pada malam Isnin lalu.

Media Jepun melaporkan, wartawan berusia 40an terbabit sebenarnya mahu mengirim gambar lucah berupa alat kelaminnya itu kepada seorang kenalan wanita namun tersilap lalu diterima oleh lebih 150 wartawan yang berada dalam forum Line tersebut.

Sebaik menyedari kesilapannya wartawan yang dipetik The Bangkok Post bernama Jin Morimoto itu segera meninggalkan forum tersebut namun segalanya sudah terlambat.

Beberapa peserta forum bertanya apa sudah berlaku dan ada antaranya memuatnaik ikon 'muntah'.
Wakil Kementerian yang berada dalam forum tersebut pula memberi respon, tindakan akan diambil walaupun si polan terbabit sudah meninggalkan forum kerana ia sepatutnya digunakan untuk tujuan rasmi sahaja. – MYNEWSHUB.CC
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *