Recent Post
Showing posts with label Altantuya. Show all posts
Showing posts with label Altantuya. Show all posts

Tuesday, September 15, 2015

GEMPAR ! Pendedahan BERANI MATI Bekas Ketua Polis Negara Kes Pembunuhan Altantuya



Kuala Lumpur – Tan Sri Musa Hassan hari ini mendedahkan Datuk Seri Najib Razak yang pada ketika itu masih timbalan perdana menteri mengarahkan beliau menangkap suspek pembunuh Altantuya Shaariibuu, Razak Baginda. Bekas ketua polis negara itu berkata, pada mulanya beliau memberitahu perdana menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk memaklumkan kes tersebut namun diarahkan bertemu Najib memandangkan Razak merupakan penasihat beliau. "Selepas PM (Abdullah balik dari luar negara) saya memberitahu siapa mereka yang terlibat. Saya mengatakan bahawa polis mahu tangkap Razak Baginda.

Beliau kemudian meminta saya untuk maklumkan kepada timbalan perdana menteri. "Saya kemudian berjumpa (dengan Najib) dan beritahu ingin tangkap Razak Baginda, beliau kata pada saya, buat kerja kamu," kata Musa pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Beliau turut menjelaskan bahawa beliau tidak memihak kepada mana-mana pihak, tetapi hanya mahu rakyat Malaysia tahu kebenaran dalam kes Altantuya. Menurutnya siasatan polis berhubung kes pembunuhan model sambilan warga Mongolia, Altantuya Shariibuu mendapati tiada kaitan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Musa dalam masa yang sama turut kesal dengan pelbagai pertuduhan palsu yang dibuat, seperti penyebaran foto palsu menunjukkan Najib dan Altantuya bersama, dan ia katanya sengaja disensasikan. Beliau berkata, ramai saksi yang dimabil keterangan berhubung kes itu termasuk penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (PI Bala), yang ditugaskan sebagai penyiasat persendirian oleh bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, yang turut dituduh dalam kes pembunuhan Altantuya. Mengulas mengenai laporan Al Jazeera berkenaan kes pembunuhan itu, Musa berkata, terdapat cubaan untuk mengaitkan kes pembunuhan itu dengan seseorang.

"Dokumentari itu pada mulanya betul, tetapi ia menjadi tidak tepat pada babak akhirnya. Jadi, saya menggesa sesiapa yang mempunyai bukti untuk tampil membuat laporan polis, daripada mereka cerita," katanya lagi. Turut hadir pada sidang media itu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao. Pada sidang media itu, Musa turut menceritakan turutan peristiwa bermula daripada laporan kehilangan orang dibuat ketika Altantuya hilang. Malah katanya, dokumentari oleh Al Jazeera yang turut dimuat naik di laman Youtube, adalah satu cara untuk orang ramai untuk mempertikaikan kredibiliti pemimpin negara didakwa terlibat. "Sesiapa yang rasa difitnah boleh failkan saman ke atas Al Jazeera," katanya. Laporan khas media itu mendakwa, Sirul Azhar Umar, dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman menjadi pelarian, kerana dikehendaki di atas dakwaan membunuh Altantuya dan didakwa cuba memeras ugut Najib, Musa berkata, beliau tidak tahu menahu tentang perkara itu. 
Read more ...

Saturday, September 12, 2015

Salleh: Dokumentari Al Jazeera hanya berdasar pembohongan

Semua yang dipaparkan dalam dokumentari kontroversi Al Jazeera mengenai pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006, yang disiarkan semalam, adalah semata-mata bersandarkan kepada perkara dengar cakap dan tidak berdasarkan sebarang bukti nyata, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Katanya, dokumentari itu mengandungi pelbagai adegan lakonan semula dengan suara latar yang memberi gambaran ia adalah bukti di mana sebenarnya adegan-adegan itu dimainkan oleh pelakon.

"Bagaimana mereka membuat kesimpulan bahawa adegan-adegan tersebut adalah adaptasi daripada kisah sebenar yang tidak dijelaskan. Al Jazeera mengakui adegan-adegan tersebut adalah lakonan semula.

"Kenapa Al Jazeera mahu memutarbelitkan... beberapa kisah itu semata-mata hanya pembohongan dan spekulasi yang mencetuskan kesangsian bahawa wujud niat tersembunyi di sebaliknya," katanya dalam blog sskeruak.blogsport.my semalam.

Beliau berkata stesen televisyen antarabangsa itu mempaparkan kenyataan yang diubah banyak kali oleh penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam.

Salleh juga berkata Al Jazeera juga gagal menyebut polis Perancis merakamkan kenyataan Bala di Paris dan mendapati ia tidak konsisten dan tidak boleh dipercayai.
Katanya polis Perancis dalam laporannya berkata wanita Mongolia berusia 28 tahun itu mahupun Razak Baginda atau perdana menteri tidak pernah memasuki negara itu dalam tempoh yang dikatakan dalam dokumentari tersebut.

Justeru, katanya ia merupakan kes klasik dengan fakta disulami dengan fiksyen dan kisah-kisah yang disebarkan.

"Fokus cerita Al Jazeera tertumpu kepada Altantuya yang merupakan seorang penterjemah untuk kontrak kapal selam, sesuatu yang tidak berlaku sebelum wanita itu dikaitkan," katanya.
"Saya hanya boleh mengklasifikasikan laporan Al Jazeera ini sebagai nakal dan berniat jahat dengan cerita sensasi yang disajikan sebagai suatu kebenaran,"katanya.
- Bernama
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *