Recent Post
Showing posts with label Rozita Che Wan. Show all posts
Showing posts with label Rozita Che Wan. Show all posts

Tuesday, September 15, 2015

GEMPAR ! Berang DIMAKI Edry Halim ! Rozita Che Wan Nekad Tinggalkan Akademi Fantasia 2015



Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara Rozita Che Wan, 43, mengesahkan dia enggan meneruskan tugasnya sebagai juri tetap program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015 mulai minggu depan selepas diherdik

Pengetua AF2015 Edry Abdul Halim yang tidak berpuas hati dengan kritikannya terhadap pelajar AF malam tadi. Rozita atau Che Ta berkata, keputusan itu diambil serta-merta kerana dia tidak menyenangi sikap tidak profesional Edry yang melenting selepas dia mengkritik persembahan pelajar AF2015 iaitu Sufi. "Memang betul saya sudah tarik diri daripada AF2015 mulai minggu depan. "Saya tidak suka bekerja dengan orang yang tidak profesional dan emosional," katanya. Menurut Rozita, keputusan menarik diri itu dilakukan atas dasar profesionalisme. "Keputusan saya menyertai AF2015 bukan disebabkan wang atau populariti kerana keluar tv setiap minggu dalam program yang mendapat rating tinggi. "Saya menarik diri sebab maruah. Saya tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang tidak sihat apabila ada individu yang tidak hormat pada saya.

"Saya cuma menjalankan tugas diberikan atas nama profesionalisme. Saya hanya berminat bekerja dengan pihak yang mempunyai tahap profesionalisme seperti saya," katanya. Sementara itu, Edry berkata, dia bertindak demikian semata-mata untuk mempertahankan pelajarnya daripada kritikan tidak membina.

"Sebagai pengetua saya bersikap profesional dan terbuka untuk menerima kritikan juri tapi juri itu juga perlu beri kritikan yang membantu pelajar memperbaiki kekurangan mereka. "Sudah tentu saya wajar mempertahankan pelajar saya dengan apa cara sekali pun jika orang mempertikai tanpa penjelasan terperinci aspek yang perlu diperbaiki," katanya.
Read more ...

Saturday, August 15, 2015

36 GAMBAR - MAJLIS RUMAH TERBUKA ROZITA CHE WAN & ZAIN SAIDIN MERIAH

Majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh Rozita Che Wan dan suaminya, Zain Saidin telah berlangsung dengan meriah semalam.

Majlis yang diacarakan oleh Didie Alias itu telah dihadiri oleh keluarga, teman rapat dan juga rakan selebriti yang lain.

Dalam majlis tersebut, Che Ta dan suaminya, Zain serta anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana kelihatan cukup ceria dalam busana merah. Pasangan itu dilihat sangat gembira melayan tetamu lain yang hadir.
Layanzzz...
Klik gambar untuk size besar





































Sumber: myartisdotcom
Read more ...

Thursday, July 16, 2015

CHE TA - "SEBAHAGIAN BARANG KEMAS ANAK SAYA ADALAH HADIAH DARIPADA PEMINAT"

Gambar Oleh: myartis.com

Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 41, menjelaskan sebahagian barangan kemas yang dipakai oleh anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan bulan adalah hadiah daripada peminat.

Menurut Che Ta, seorang wanita dari Kelantan yang juga stokis produk wangian miliknya beria-ia mahu menghadiahkan barangan tersebut kepada anaknya dan dia tidak sampai hati untuk menolak.

"Wanita berkenaan pada awalnya menghubungi saya untuk menjadi stokis tetapi dia kemudiannya memberitahu ingin menghadiahkan barangan kemas berupa cincin, rantai tangan dan kaki untuk Aaisyah.

"Saya keberatan untuk menerima pada awalnya tetapi dia bersungguh-sungguh mahu menghadiahkan dan sebab itu saya terima," ujar Che Ta dipetik sebagai berkata.

Che Ta berkata demikian sebagai mengulas kritikan daripada peminat kononnya dia terlalu memanjakan anak dengan kemewahan termasuk barangan kemas.

"Itu adalah hadiah daripada peminat dan saya pakaikan sebagai menghargai pemberian tersebut tambahan pula kalau disimpan nanti bila dia dah besar tidak muat pula," jelasnya.

Dalam pada itu, Che Ta mengakui, dia obses membelikan pakaian untuk anak perempuannya itu sehingga ada di antaranya tidak dapat dipakai kerana Aaisyah cepat membesar.

Disebabkan itu, anaknya tidak mengulang pakai baju yang sama kerana bimbang tidak sempat memakai pakaian baharu yang dibeli.

"Saya memang suka beli baju untuk dia, biasalah ini kali pertama dapat anak perempuan jadi perasaan teruja itu lebih sikit.

"Malah rakan-rakan banyak memberikan hadiah kepada Aaisyah dan masih ada yang belum sempat dipakainya," kata Che Ta.

Malah Che Ta berhasrat untuk mendermakan pakaian tersebut kepada golongan memerlukan terutamanya anak yatim.

"Bayi cepat besar jadi banyak baju-bajunya yang sudah tidak boleh dipakai dan masih dalam keadaan elok. Lebih baik saya dermakan sekurang-kurangnya dapat membantu golongan tidak bernasib baik," katanya.
Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

CHE TA - "SEBAHAGIAN BARANG KEMAS ANAK SAYA ADALAH HADIAH DARIPADA PEMINAT"
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *