Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Buat kamu yang membesar dengan majalah lawak Ujang dan Apo? pastinya terkesan apabila menerima berita ini bahawa Moy Publications selaku syarikat penerbitan bagi kedua-dua majalah ini menamatkan operasinya serta merta pada hari ini, 6 Ogos 2015.
Majalah Ujang yang membuat kemunculan pertamanya pada Tahun 1994 dan APO? pada 1 Disember 1998 telah ditamatkan operasinya berkuatkuasa pada petang Khamis ini.
Pengumuman ini dibuat melalui Facebook salah seorang dari krew Ujang iaitu Kartunis Lengkuas dengan statusnya seperti dibawah :
Walau bagaimanapun, melalui status Facebook rasmi Ujang Moy Publications, tiada pengumuman dilakukan pada hari ini, status terakhir dikemaskini pada 5 Ogos pada jam 1:53 petang.
Berita ini bagaikan memberi tamparan yang kuat kepada peminat-peminat majalah ini terutamanya yang mengenali hasil karya ini dari zaman sekolah lagi. Setelah lebih dari 20 tahun berada di pasaran, akhirnya syarikat penerbitan mengambil langkah yang boleh dikatakan drastik.Sebab dan punca penutupan syarikat penerbitan ini masih belum dikenalpasti.

No comments:
Post a Comment