Recent Post

Thursday, August 06, 2015

'Saya Tak Tahu Siput Escargot Haram Dimakan' - Neelofa


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?


Baru-baru ini, pelakon dan pengacara, Neelofa, memuat naik gambar hidangan siput Escargot di laman Instagramnya. Akibatnya, Neelofa dikritik dan peminatnya berbalah sesama sendiri demi mempertahankan tindakan Neelofa yang termakan hidangan haram itu.

 "Saya jadi terkejut apabila ia menimbulkan perbalahan di antara pengikut di Instagram selepas saya memuat naik gambar itu. Saya amat teliti dan menitikberatkan makanan yang saya ambil termasuklah gambar yang mahu dikongsikan kepada umum.

 "Kalau saya tahu status halalnya meragukan, tentulah saya takkan sentuh pun makanan itu,"

katanya yang mengakui menjamah siput berkenaan kerana sejak dari kecil dia dimaklumkan bahawa ia boleh dimakan. Menurut laman e-Fatwa mengesahkan, siput Escargot adalah haram dimakan oleh umat Islam. Sebelum ini, Neelofa pernah menegur followersnya di Instagram agar jangan berlagak bodoh sombong.

"Menegur, tak perlu nak jadi ustaz atau ustazah nak tegur. Tapi yang berlagak bodoh sombong itu memang kelakar. Dahlah tak tahu, tuduh orang macam-macam. Diam-diam sudahlah," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *