Recent Post

Sunday, August 30, 2015

Kos jajaran SSP dijangka meningkat 30-50 peratus


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR: Kos membina terowong dan kerja bawah tanah bagi Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) Jajaran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Jajaran SSP) mungkin meningkat antara 30 dan 50 peratus berbanding MRT Jajaran Sungai Buloh-Kajang (Jajaran Satu) kerana membabitkan bahagian lebih luas dan jumlah kerja lebih besar.

Pengarah Projek MMC Gamuda KVMRT (MGKT), Satpal S Bhogal, berkata penjajaran terowong yang lebih panjang serta bilangan stesen adalah antara faktor yang menyebabkan kos lebih tinggi.

"Bagaimanapun, kos sekilometer adalah sama dengan Jajaran Satu," katanya.

MMC Gamuda KVMRT Sdn Bhd yang dilantik sebagai rakan kongsi penyerahan projek (PDP) juga dijangka membida pakej kerja-kerja bawah tanah bagi Jajaran SSP.

"Pada masa ini projek itu hanya dalam peringkat perancangan. Harapnya pembidaan akan dilangsungkan akhir tahun ini.

"MRT Corp Sdn Bhd sudah mengumumkan yang ia yakin dengan projek yang dirancang itu berikutan respons positif orang awam, dan jika semua urusan berjalan mengikut rancangan, ia akan mengadakan pembidaan kompetitif antarabangsa dalam baki tahun ini dan mungkin awal tahun atau pertengahan tahun depan mereka anugerahkan kontrak," katanya.

Satpal berkata, jika syarikat memperoleh kontrak itu, ia akan diselia oleh MRT Corp susulan kemungkinan timbulnya konflik kepentingan.

Sementara itu, dokumentari khas bertajuk 'Megastructure of MRT Malaysia Urban Diggers' adalah antara dokumentari '12 Treasures of Malaysia' yang akan disiarkan buat pertama kali oleh National Geographic bersempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.

Dokumentari itu yang akan disiarkan oleh Astro menerusi saluran 533 berkisar kepada proses membuat dan membina terowong sepanjang 20 kilometer di bawah kota raya Kuala Lumpur. - BERNAMA




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *