Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Susulan kes seorang wanita yang menetap di Korea mendakwa dirinya dianiaya oleh sebuah agensi pelancongan tempatan, kini pihak tertuduh pula tampil memberi kenyataan balas. Iz Travel & Tours Sdn Bhd, pada 10 jam yang lalu mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Sharmine berkenaan dengan wang RM3,000. Agensi pelancongan itu juga mendakwa Sharmine bersubahat dengan pemilik Guest House untuk menipu mereka. BACA: 'TOLONG PULANGKAN RM3,000 SAYA!'
"Saya ingin menyatakan perkara sebenarnya yang terjadi dengan nama Allah. Di Korea baru-baru ini, rasanya kami patut diberi peluang untuk memberikan penjelasan dan orang ramai tidak sepatutnya mendengar dari sebelah pihak sahaja.
"Kami berada di Guest House yang dinyatakan oleh Sharmine untuk melihat keadaan Guest House tersebut. Kami dibawa oleh pemilik Guest House dan apabila tiba di sana, Cik Sharmine selaku orang Malaysia yang ditugaskan membawa kami untuk melihat bilik-bilik tersebut.
"Saya ada bertanyakan kepada Cik Sharmine, adakah dia seorang pelajar Malaysia? Dia menjawab 'tidak' namun mengatakan bahawa dia adalah rakan kongsi perniagaan tudung kepada pemilik Guest House itu.
"Setelah kami pergi melihat bilik, memang ada yang tidak kena kerana Guest House tersebut tidak sesuai diduduki oleh tetamu dari Malaysia kerana tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan. Lantai rumah pula dicat dengan minyak selain tangga juga tidak mempunya pemegang.
"Saya rasa sebagai travel agent, walaupun kita mahu yang murah tetapi janganlah mengabaikan soal keselamatan. Dengan kuasa Allah, seorang kakitangan saya jatuh tergelincir disebabkan dia gagal membezakan lantai dengan air yang terdapat pada selipar tersebut. Kami juga tidak menunding jari kepada sesiapa dan hanya menuntut permohonan maaf dari pemilik Guest House berkenaan.
"Tetapi, kami dipersalahkan sehingga anak lelaki kepada pemilik mengelar kakitangan saya 'babi' dalam bahasa inggeris.
"Mungkin atas dasar kasihan dan rasa bersalah cik Sharmine atas kebiadaban orang Korea itu, dia menawarkan bantuan dengan membawa kakitangan saya ke hospital dan berjanji akan membayar kos perubatan. Atas dasar simpati juga, saya mengatakan kami akan bayar semula semasa balik nanti.
"Tetapi pada keesokkan harinya, Cik Sharmine seperti kerasukkan melompat dan menjerit di hadapan hotel kami dengan membawa polis. Saya mengatakan kami bukan buat jenayah dan dia tidak perlu bertindak seperti itu. Sepatutnya kami diberikan peluang untuk bertemu dengan pemilik Guest House yang juga bapa angkat Cik Sharmine. Kami mahu mereka meminta maaf, bukannya terus menghina sampai digelar babi.
"Jadi, bila kami pulang, saya rasa tidak salah untuk kami buat aduan yang Guest House itu tidak selamat untuk backpackers Malaysia dan ingin menerus membuat bayaran pada Cik Sharmine. Namun kami memerlukan gambar nama hostel untuk membuat tuntutan insuran.
"Memang mudah, berikan saja maklumat yang kami pinta tetapi Cik Sharmine telah memuat naik gambar-gambar dan tuduhan mengaibkan di laman Facebook. Dia juga tidak menceritakan apa hubungannya dengan pemilik Guest House berkenaan.
"Kenapa perlu menuduh kami menipu pelajar? Bagi kami nama Guest House tersebut dan alamat serta gambar tempat kejadian, semuanya akan selesai sebab saya berpegang pada kata-katanya yang mengakui dia adalah rakan niaga pemilik Guest House dan sebagai anak angkat.
"Saya terus mendesak segala dokumen diserahkan. Jadi terpulanglah kepada pembaca untuk menilai. Saya sudah pun maafkan dia dan berharap dia juga menceritakan perkara yang sebenar. Cik Sharmine sebagai orang business mesti faham. InshaAllah kami akan meneruskan perniagaan seperti biasa. Sekian." Hajah Siti Aida Ashari Managing Director Iz Travel
No comments:
Post a Comment